CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 5, 2009

Ke Pulau Langkawi

Hujung minggu lepas kami ke Pulau Langkawi. Asyik cuti balik kg je, bukan tak suka jumpa orang tua dan kaum keluarga tetapi sekali2 makan angin best jugak. Ingat nak upload posting masa kat sana tapi hotel tu ada wi-fi kat lobi je, malas lak aku nak lepak sana sebab anak2 mesti mengekor sekali, balik rumah mak aku ada masalah ngan streamyx lak, pastu balik rumah mak mertua takde internet connection. Sekarang ni barula ada masa..

Plan asal nak bertolak dari rumah pukul 4 pagi Sabtu, tapi bila kakak ipar aku cakap kalau betolak masa tu pukul 6 petang Sabtu baru sampai, terus aku tukar jadual. Malam tu jugak kami bertolak, kelam kabut bini aku berkemas, aku pun dengan takde rehat2 dah, pukul 10.30 mlm kami cabut. Ni tengah melalui DUKE Highway untuk kali pertama, jalan clear sekejap je dah sampai Jalan Duta.

Rehat sekejap kat Slim River R&R, tidur dalam 1/2 jam kat situ. Anak2 aku tu pakai baju tidur je sebab dah nak tidur pun masa aku buat decision nak bertolak dan2 tu gak, alah duduk dalam kereta je, malam2 buta lak tuh. Tidur lagi 1 jam kat Gurun, selebihnya harapkan bertin2 Red Bull dan Livita je.

Subuh2 buta kami sampai Kuala Kedah, ambik feri yg pertama pukul 7.15 pagi. Ni Hannah tengah menikmati pemandangan. Masa tu hujan renyai2 lagi. Hujan turun selebat2 alam nih sejak kami mula masuk Pulau Pinang lagi, aku ni dahla mata blur malam2, dalam hujan2 tu lagi lah. Tapi aku redah je, nasib baik driving instructor kat belakang daah tidor, kalau tak jadi tukang tambah tension je tuh, haha.

Mula2 elok je, tapi tiba2 adik Sarah termuntahla pulak, pastu sambung pulak ngan kakak Hannah, habis la tudung + baju + seluar dia dan ibunya sekali. Pastu terus lembik je, melekat dengan bini aku tu, mabuk laut rupa2nya anak2 aku ni.

Menghampiri Pulau Langkawi, cantik pemandangan, sejuk mata memandang.

Tiba2, acara muntah memuntah itu disambung pulak oleh bini aku, sampai dua kali lak tu. Ni tengah picit2 dahi sebab pening kepala, aku tolong urut2 belakang je. Mungkin sebab hari hujan, laut pun bergelora sikit, kami pulak duduk kat tigkat atas, lagilah rasa goyang feri tu, tambah pulak perut pun kosong tak breakfast lagi.

Akhirnya selepas 1 1/2 jam naik feri, acara muntah beramai2 pun dah selesai, sampaila kami kat Jeti Kuah. Tengokla anak bini aku tu masih lagi boleh tersengih2 tu, walaupun baju seluar semua dah kena muntah (yang kat kaki seluar Hannah tu bukan bunga2 hiasan tau), nasib baik budak2 tu pun pakai pyjama je. Bau pun, masyaAllah, nasib baik anak bini aku, terpaksa la ku cium juga. Lepas ni pergi bersihkan badan kat Masjid AlHana kat pekan Kuah tu dan bermulala percutian kami di Pulau Langkawi.

1 comments:

Anonymous said...

kenapa x naek flight je??hehe..