Percutian kali ni memang menyeronokkan, walaupun penat (dan sakit hati pun ada bila budak2 buat perangai). Kalau ikut hati, banyak yg aku nak buat, especially masa kat Langkawi tu, seperti pergi island hopping, naik bot pergi eagle feeding, masuk gua2 dsb, tapi mengenangkan anak2, keutamaan terpaksala beri pada aktiviti2 yg boleh menghiburkan meraka, sebab tulah leaps tengok burung tengok ikan lepas ikan tengok itik pulak. Hmm, bila dah jadi bapak ni, automatik bertukar prioritynya, masa minum teh tarik ngan kawan2 pun dah terlampau jarang sekarang ni, tapi takpe, janji puas hati dan tak ada rasa guilty kat anak2.
Balik kg ingat nak buat macam2, nak pergi La Hot Spring, berkelah kat Lata Tembakah, bawak budak2 main pantai dan macam2lah, tapi satu pun tak kesampaian sebab bekwah kat sana makan gulai kat sini (maknanya kendurila tu). Takpelah, lain kali pun boleh buat juga (tapi next plan balik kg islah hari raya ni, cuti sekolah bulan 8 tu bulan puasa pulak).
Untuk 2-3 kawan yang jemput kenduri minggu lepas ni mintak maafla tak dapat pergi sebab bercuti dan balik kg (sori, dah rancang lama, beb) especially Yie yang bekwah kat KB, lepas demo balik cuti ni kawe ajak make kat rumah la deh, tapi yg penting hadiah dah bagi dulu. Hmm, lagi satu kawan aku kawin cikgu, harap2 bini boleh terus pindah Gombak la, tak macam aku, dah beranak dulu baru boleh pindah Ampang.
Esok dah masuk kerja balik, first day kerja lepas cuti panjang ni mesti bertimbun kerja dan mood pun tak bagusla selalunya, tapi nak wat camner, nak kena tanggung anak bini dan keluarga, terpaksa kuredah jua, huhu.. tapi takpe, selalunya hari berikutnya mesti dah dapat mood kerja balik dan OK balik la nanti...
2 comments:
tunggu anak u besar sikit, dah blh baca baru seronok jalan2...simpan duit banyak2 dl...
fuyoo..bestnya ronda pusing malaya.
Post a Comment