CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 7, 2009

Kuala Perlis

Selepas checked in kat hotel di Alor Star dan berehat2 dan mandi2 menyegarkan badan, kami ke Kuala Perlis pulak. Kawan aku yang datang dari Alor Star tu kata ikan bakar kat Kuala Perlis lagi best daripada Alor Star, tempat pun tak jauh jadi alang2 dah sampai tu kami pun nak cubalah ikan bakar Kuala Perlis.

Dari Alor Star ambik masa dalam 40 minit je, tapi pemandangan di kiri kana jalan memang sangat cantik, penuh dengan kehijauan sawah padi je.

Jalan pulak rata dan lurus je, takdela macam nak balik kg aku, dahla berbukit bukau, bengkang bengkok pulak tu.

Bagi aku yang selalu tengok kebun getah dan ladang kelapa sawit je, pemandangan sawah padi camni sangat2lah memberahikan. Dengki betul dengan orang2 yang duduk kat sini, sejuk je mata kan?

Kami makan kat kedai ni, pelayan2 dia semuanya samada perempuan tulen atau yang jadi-jadian. "Kenapa suara dia macam tu?" tanya Hannah, pastu dia dok pandang awek2 palsu tu sampai terteleng2 kepala, confuse la tu. Sayangnya semuanya (atau at least yg berurusan ngn kami la) tak friendly dan masam2 je, pelanggan tengok pun takut.


Hannah sedang makan sotong celup tepung. Makanan kat kedai ni memang best dan portion dia pun banyak, tak habis kami makan. Memang berbaloi la drive jauh2 untuk makan kat situ. My complain ialah pasal pekerja2 dia yg masam2 macam tak suka ngan pelanggan tu je. Palsu ke original ke tak kisahlah, tapi bila senyum pun tak reti, pelanggan pun boleh cabut lari dik oi.

Senja di Kuala Perlis, cantik betul.

0 comments: