CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 6, 2009

Taman Buaya Langkawi

Destinasi berikutnya ialah Taman Buaya.

Ada lebih 1000 ekor buaya pelbagai species kat sini, salah satunya yang ekor kontot ni.

Yang ini seram jugak kalau dia tunjukkan gigi2nya yg tajam2 tu.

Salah satu buaya dalam kurungan, yg ini agak besar juga, aku nampak banyak pulak duit syiling orang buang kat dalam kolam tu, ramai yg berhajat ke kat sini?

Taman buaya ni memang menarik tapi airnya sangatla kotor dan berbau busuk, apala salahnya kalau sekali2 tukar air dalam kolam2 tu.

Yang dah kaku begini barula bini aku berani dekat.

Anak2 suka naik beca buaya ni, siap menyanyi2 lagi tuh.

Pertunjukan buaya, siap gosok gigi buaya lagi.. haha

Ramai2 awek, buaya juga yg diciumnya.

Ada banyak jenis show lagi dan agak menarik juga tapi takla semencabar cam kat taman buaya kat Bangkok. Kemuncak show katsini ialah memasukkan tangan dalam mulut buaya, tapi buaya tu malas buka mulut, jenus tunggu tak buka mulut juga kami pun balik la, budak2 pun dah mula meragam, sebab cuaca panas bau pun busuk kot.

0 comments: