Lokasi hotel kami kat Pantai Cenang tu kira kat pusat tarikan pelancongla tu, tapi kalau untuk pelancong yang nak lokasi lagi classy akan pergi ke belah utara macam Datai dsb. Pantai Cenang ni dah begitu dikomersialkan sekali, jauh beza dengan kali terakhir aku kat sana dalam 10 tahun lepas. Sekarang ni penuh dengan motel, hotel, resort, chalets dsb, banyak juga cafe dan gerai makan dan kedai2 souvennirs. Sekali tengok dah sama ngan Kuta dan Legian dia Bali. Kat atas tu bini aku dan anak2 bersiar2 kat Jalan Pantai Cenang selepas dinner pada malam pertama kami kat sana.
Lepas checked out hari ketiga kami ke pantai lagi. Kat sana banyakla orang berkelah dan mandi manda. Banyak juga aktiviti2 macam jet ski, banana boat ride, parasailing dsb. Kira lively la kat situ, macam Port Dickson pun ada.
0 comments:
Post a Comment