CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 7, 2009

Bandaraya Alor Star

Kami juga melawat beberapa tempat2 menarik di Alor Star seperti Muzium diRaja ini. Muzium ini menempatkan replika2 dan barang2 bersejarah kerabat di raja Kedah sejak zaman dahulu kala lagi dan pelbagai contoh dan adat istiadat istana. Sayangnya kamera tidak dibenarkan ke dalam muzium, rasionalnya tak taulah kenapa.

Masa kami sampai tu hujan turun tapi tetap juga nak bergambar dalam hujan2 tu.

Bila kami keluar muzium, hujan pun dah berhenti. Budak2 ni suka menilik2 meriam2 yang banyak kat depan muzium tu.

Di depan Balai Besar, lokasinya disebelah Muzium Diraja dan kegiatan2 istana masih lagi dijalankan disini.

Di depan Masjid Zahir, mercu tanda Alor Star.

Tempat2 ni sebenarnya dekat2 je, park satu tempat dah boleh cover semua kawasan. Tapi cuma boleh ambik gambar kat luarnya sebab kamera tak boleh bawa masuk kat dalam.

Clock Tower

Pintu gerbang ni menghala ke Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Galeri ni menyimpan pelbagai khazanah milik dan berkaitan dengan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim termasuk cederamata2 yang dihadiahkan dan kereta2 antik baginda. Galeri ni baru dibuka dan belum mengenakan entrance fee lagi, tapi tak lama lagi katanya akan dicaj lebih kurang RM6 seorang bagi orang dewasa dan RM3 bagi kanak2.

Kami sekeluarga ditengah Bandaraya Alor Star.

0 comments: