CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 5, 2009

Kota Mahsuri

Selepas Taman Ular, kami ke Kota Mahsuri kat Kg Ulu Melaka, alah tempat Makam Mahsuri tu la. Ini adalah pemandangan on the way ke sana. Memang terasa la suasana kampung tu.. sejuk je mata memandang.

Bini dan anak2 aku berposing dengan pemain2 caklempong. Main satu lagu je pastu berehat sikit punya lama. Nasib baikla awek2 nicantik2 belaka, sedap pulak mata memandang (tapi yg mengelek anak dua tu 48 kali lagi sedaplah aku tengok, hehe)

Last time aku datang Langkawi ni, lebih kurang 10 tahun dulu kot, tempat ni cuma ada makam Mahsuri tu je, tapi sekarang dah dikomersialkan dengan pelbagai benda macam contoh rumah tradisional melayu kat belakang tu. Makcik tudung biru tu cuma pelakon pembantu je, tiba2 je nak masuk dalam gambar aku..

Ada jugak demonstrasi buat kuih karas, kira kuih tradisional Kedah la tu. Bini aku tu tengok je, bukan reti buat pun.

Mencedok air Telaga Mahsuri, sejuk betul airnya. Aku dah la panas melekit2 tu, rasa cam nak mandi je. Tapi samada air telaga betul atau air paip tak taula sebab bini aku cakap dia nampak cam ada saluran paip kat situ.

Pemandangan kat situ, geram betul aku tengok. Warna hijau tu lak favourite colour aku tu.

Hannah minum air telaga Mahsuri yg dah diproses, cam air mineral biasa je. Kalau itu air mineral yang diorang tukar pembalut botolnya pun bukan aku tau.

Depan contoh rumah tradisional. Adala dua tiga buah rumah dari yang simple cam teratak buruk sampai la yg penuh ukir2an camni kat situ. Bawah rumah tu ada alat2an membajak padi, lesong yang besar dan macam2lah. Banyak lagi barang2 pameran kat situ, tapi aku rasa terlalu dikomersialkan sehingga kisah Mahsuri yang sepatutnya jadi cerita utama kat situ jadi bahan sampingan je.

Ada jugak haiwan2 kecil yang kiranya banyak kat Langkawi tu, contohnya Lang Kawi ni lah.

Inilah pusara Mahsuri, dulu boleh masuk duduk sebelah ni, sekarang ni dah ada pagar pelawat tengok dari jauh je. Kalau betulla Mahsuri ni pernah wujud dan kisahnya pun betul2 terjadi macam yang digembar gemburkan tu, sama2la kita berdoa semoga roh beliau tenang dan aman 'di sana" dan dimasukkan besama2 golongan orang2 yang beriman, insyaAllah.

0 comments: