Akhirnya selepas membeli belah di kedai bebas cukai dan my bini pun dah dapat pinggan mangkuk idaman dia (walaupun tak cukup lagi sebab tak cukup tangan nak bawak dan masa nak tengok2 barang) kami pun berangkatla ke jeti. Ni ha budak2 tu menghayati mainan2 baru diaorang.
Sebab pengalaman lalu, aku mintak seat kat bawah dan takde tingkap supaya anak2 bini aku tak muntah2 lagi. Tapi lepas tu kesian pulak aku tengok si Hannah terjenguk2 nak tengok pemandangan daripada tingkap kat depan.
Alhamdulillah, takde yg muntah2, Hannah pun sibuk main je sepanjang ferry ride tu, aku nak pejam mata sekejap pun tak boleh, ibu dia sedap je tidur sampai Kuala Kedah, jealous lak aku.
0 comments:
Post a Comment