CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 28, 2009

Ya ke?

Semalam on the way balik dari ofis nak pergi ambik anak kat sekolah sebelum balik rumah kat Selayang, kereta kawan aku rosak kat Jalan Kuching. Kawan aku tu dah cuak dah, dahla keluar ofis lambat, jalan pun jem, bila nak sampai sekolah anak dia tuh. Biasa pukul 6.30 ptg sampaila ambik anak perempuan dia yg baru darjah satu tu kat depan sekolah, tapi semalam masa tu tengah dok tolak kereta kat tepi jalan lagi, hari pun macam nak hujan lak tu.

Masa tu macam2 dah masuk kat dalam kepala kawan aku, maklumla sekarang ni macam2 cerita yg buruk2 yg didengar dan dibaca dalam akhbar. Telefon rumah takde orang angkat, nak telefon sekolah tak tau nombor. Masuk pukul 7 malam tunggu2 orang AAM datang check kereta tak sampai2 (jem kot) dia terus ambik teksi pergi sekolah. Dalam hati tu punyalah risau takut apa2 jadi ataupun anak dia cuba2 balik sendiri, kalau sampai rumah takpe kalau tak sampai? menyesal tak habis lah.Walaupun sekolah anak dia tepi jalan dan tempat ramai orang tapi zaman sekarang ni mana ada orang ambik peduli benda2 yang takde kena mengena ngan diorang. Sebagai bseorang bapa kepada anak2 perempuan, aku boleh rasakanla kebimbangan kawan aku tuh.

Pukul 7.30 malam baru sampai sekolah. Masa tu dia tengok kawasan tu dah kosong, satu budak pun dah takde, kawan aku berpeluh dahi dah. Tapi tiba2 dia nampak anak dia melambai2 dari bus stop ditemani seorang perempuan. Rupa2nya perempuan tu cikgu sekolah tu, yang tolong temankan dia sementara menunggu kawan aku tu sampai. Terus kawan aku tu terharu, "rasa macam nak cium je tangan cikgu tu" kata dia. "Tak sangka zaman sekarang ni ada lagi cikgu yg begitu, sanggup korbankan masa demi keselamatan murid walaupun dia tak mengajar pun kat kelas anak aku" sambungnya.

Itulah, kalau ikhlas dan jujur, benda2 yang mudah gitu pun boleh menyentuh perasaan orang. Bukan semua cikgu hanya setakat masuk kelas, mengajar dan lepas tu tunggu gaji masuk 25hb je. Tapi bila aku cakap ramai cikgu yang korbankan masa untuk keluarga dan rehat untuk murid2, dia balas "Tu lain, itu tugas, ni takde orang mintak tolong je.". Hmmm, terus aku sakit hati.

Yang best (atau tak bestnya) kawan aku tu cakap "nanti hari guru aku nak bagi hadiah la kat cikgu tu.". Bila aku cakap "hari guru dah lepas la, 2 minggu dah" dia tengok aku dan tanya "Ya ke?".

3 comments:

amiechomel said...

i pulak yg rasa terharu dan nak menitis air mata. memang masih ramai cikgu yg berjiwa murni...

masa I mengajar sekolah harian kat labuan dulu, memang selalu angkut students hantar balik rumah bila dah takde bas, tapi pernah la langgar peraturan jalan raya, angkut sampai 7 org sekali berhimpit2 dlm kereta. Kalau tak angkut karang, rasa susah hati sgt, dok fikir, balik ke tak budak tu, mcmn budak tu balik, etc... kebanyakan guru memang anggap students mcm anak sendiri, dan kami layan students macam mana kami nak anak2 kami dilayan oleh cikgu dia...

hannahsarah said...

cikgu hanya dihargai bila ada kepentingan. Kalau tak, dicemuh sentiasa ( hanya segelintir ibu bapa la ).
Memang ada guru tak bertingkah seperti guru namun, masih ramai guru berjiwa murni kerana cikgu juga adalah ibu dan bapa. Students dilayan mcm anak sendiri, doa untuk students pun tak lekang dari bibir....
Berjaya seorng anak didik membawa maksud bermaknala didikan guru itu ( berjaya seorang murid bukan diukur dari tinggi rendah taraf akademik je tapi dari semua segi JERI )

poknih said...

oooooo.
begitu citanya.....