CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 15, 2009

Bapak dan Anak2

Biasanya aku semayang Jumaat kat Masjid Albukhari (nasi beriani best) atau kat Tmn Maluri (nasi ayam) atau Masjid Alam Shah kat Jalan Pasar (sup) tapi hari ni drebar aku nak pergi Masjid Negara. So, sebagai orang yg menumpang aku pun kenala redha dan ikutla ke mana nak bawak pun walaupun aku dah berangan nak makan nasi ayam hari ni memandangkan bini aku si tukang masak nasi ayam yang paling best di muka bumi ni (tak caya tanyala sesapa yang dah tekena kedasyatan nasi ayam bini aku tuh) dah sesangatla lamanya tak buat nasi ayam.


Sesambil borak2 masa makan nasik campur yg tak sedap (tu la, aku dah cakap, nko nak pegi jugak, Faz) kat salah satu gerai kat situ terkeluarla cerita pasal anak2 nih. Geng semayang Jumaat aku ni lebih kurang sebaya je, so anak pun lebih kurang sebaya gak la. Macam2 cerita la kluar, pasal perangai anak2 la, sakit pening budak2 la sampai kepada cara2 mendidik anak2 dan macam2 lagilah. Salah satu kawan aku yang ada anak lelaki tu tanya pendapat cara nak ajar anak semayang Jumaat, sebab kami ni semua kerja hari Jumaat, bini2 pun kerja gak. Kalau nak balik amik kat rumah, harus pukul 3 pun tak sampai opis balik lagi, kalau nak amik cuti hari Jumaat mana cukup cuti, Nak suruh budak tu pergi sendiri boleh harap ke kalau kat KL ni, macam2 cerita yg didengar, buat rasa risau je. Pastu diorang cakap aku yg paling best, sebab bini aku cikgu, so setengah hari dh balik, dah boleh tengok anak2. Hmm, sedap mulut je orang yag tak berbinikan cikgu cakap, kalaulah dia tau bini aku balik kul berapa dan hari2 Sabtu pun kena kerja, byk projek nak buat terbengkalai sebab bini kerja.


Ha, bukan kaum ibu je yg asyik cerita hal anak2, org laki pun sama je, sama2 sayang dan amik berat pasal anak2 walaupun nampak sempoi dan tak gabra cam sebahagian (sebahagian je, tak semua) mak2 yang selalu panik tu.


Kebetulan pulak balik hari ni awal, hari pun terang dan cuaca pun elok, aku bawak anak2 pergi Town Park kat Pandan Indah. Seronok betul budak2 tu main sebab minggu lepas tak pergi mana2, dok rumah je weekend. My bini tak ikut sebab nak cuci rumah.

Seronoknyeeee!!!!!!!!!!

Kalau ada ibu dia mesti tak kasi naik ikut tangga tegak takde pemegang kat tepi ni, tapi sebab abah dia je maka ikut suka diala... biasa la budak2, kalau jatuh sikit2, luka2 manja tu rileksla.. barula budak tu tough sikit kan?

Kanak2 riang. Tak tau ngape hari ni tak ramai pulak budak2 kat situ, jadi budak2 ni boleh main sakan la. Si Hannah ni kalau ada budak2 lain dekat2 dia takleh campur, aku pun tak tau camana nak suruh dia boleh bergaul ngan budak2 lain, takut bila masuk sekolah nanti susah pulak. Ada idea ke?
Oh, BTW kat belakang tu ada motor orang jual aiskrim, kami kalau pergi playground mana boleh tak makan aiskrim, tapi baru je nak pergi beli uncle tu dah hilang. Untuk tak menghampakan anak2, aku bawakla pergi pasar malam kat sebelah playground tu, beli diorang punya favourite drink, Milo Ais.

Tapi on the way balik si Hannah terlekat kat gerai jual mainan lak, berjaya jugak dia pau beli stickers Barbie untuk dia & Mickey Mouse untuk Sarah. Nasib baik murah je.

Pastu apa lagi, tengokla mereka begitu leka sekali 'membaca' buku stickers tu. Harap2 bila dah boleh membaca nanti buku2 tu boleh bertukar jadi buku2 ilmiah lak, insyaAllah.


Penat main lepas mandi tadi terus flat budak2 ni. Tak sempat makan pun dah tido. Kalau ikut perancangan esok nak bawak anak2 tu pergi zoo sebab si Hannah dah berminggu2 dah nak tengok elephant. Salah aku juga, sebab hari tu aku cakap kita nak singgah Kuala Gandah tengok elephants bila pergi jerantut tapi tak jadi pulak. Budak2 tu pulak ingat benda2 camni. Tapi bini aku kerja lak esok (cikgu bekerja pada Hari Cikgu? Heran betul aku, hari tu masa hari buruh aku yg buruh ni bercuti), hmm nampak gaya sorrylah wife, you'll miss the fun la nampaknya.


Ciao!

4 comments:

amiechomel said...

memang rami cikgu yg bekerja pada hari cikgu... i pun kerja gak, jadi penghibur on stage!

Anonymous said...

takpa kerja pada raya guru.jangan bekerja pada hari raya dahlah....sayu dibuatnya.

AdamTajuddin said...

Kalau kerja hari raya xyah la balik rmh mertua, hahaha (my wife kecik ati la tu, taun ni turn sana).

hannahsarah said...

Next week ita wat nasi ayam. Mkn byk2 la. Tak rok kalu sekali makan je ( maklumla nak jg badan )