CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 3, 2009

Tidak bekerja sempena Hari Pekerja

Wah bestnya, bukan selalu dapat 3 days weekend. Sempena meraikan Hari Pekerja dengan tidak bekerja, lepas paergi Home Decor Fair kat KLCC Convention centre pada 1 Mei hari tu aku sefamili pergi ke Jerantut melawat kakak aku kat sana. Last sekali aku pergi sana pun lebih kurang 5 tahun dulu, dah overdue dah nak kena pergi. Lepas ni tak taula bile lagi, hehe.

On Saturday tu kami pergi ke Taman Negara, dekat je dari rumah kakak aku tu. Best giler pergi naik bot ke canopy walkway. Mengekek2 Hannah gelak bila air mercik ke muka. Orang pulak punyalah ramai kat canopy walkway tu. Masa kitorang sampai, ada lebih kurang 528 orang queue depan kami. Nak kena tunggu banyak jam gakla sebab boleh ada lebih kurang 10 orang je pada tiap2 bahagian di antara stesen2 tinjau dia, ada lebih kurang 9 stesen kot, lupa lak.

Hannah pun ikut naik, dia rileks je, aku pulak yang risau bimbangkan dia.

Tu akula tu kat atas world longest canopy walkway tu, panjang dia lebih kurang 500 meter, makan masa lebih kurang 30 minit gak kot kat atas tu. Hannah jalan depan aku. Jarak antara seorang pejalan dengan yang berikutnya lebih kurang 5 meter, supaya tak overload kot. Tapi aku ngan Hannah jalan dekat2 la, kalau nak kena 5 meter gak bukan dia yang yang tak leh jalan tapi aku yang tak senang duduk nanti.

Tengoklah Hannah dok babai kat ibu dia kat bawah. Ketinggian walkway ni secara puratanya 50 meter dari tanah. Gambar ni di ambik oleh bini aku yang tak naik sebab kena pegang Sarah. Takkan nak berdukung anak kat atas tu, jalan sendiri pun terhoyong hayan. Tinggi siut benda ni, ini my bini zoom secara maksima ni, kalau tak mana nak tau saper kat atas tuh.

Tapi kat bahagian2 yang goyang sangat si Hannah tu takut gak, terpaksa aku pegang, dahla nak kena pegang tali ngan tangan sebalah lagi. Kena bahagian yang tak goyang sangat dia siap nyanyi2 lagi tu.

Kat salah satu stesen tinjau. Depan aku tu si Idris anak buah aku. Kat stesen cam ni barulah aku dapat tengok pemandangan dari puncak pokok2 tinggi tu, Kalau masa berjalan aku sibuk tengok Hannah je. Memang cantiklah permandangan kat situ, memang berbaloi tiket RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak2 (yang dibayar oleh Abang Jak, hehe. Terima kasih Abang Jak.)

Bergambar kenangan selapas turun dari canopy walkway. Dari kiri Kak Ji meriba Sarah yang sedang tido, Idris, Abang Jak, aku mendukung Hannah dan tepi sekali bini akulah. Gambar di ambik oleh seorang awek kolej yang naik canopy walkway ngan kami, asyik memuji2 Hannah berani sebab salah seorang dari geng awek2 tu terlampaula takutnya.

Hannah dan Idris. Bagus betul Idris ni, memang boleh harap kalau layan budak2. Hannah tu seronok naik walkway hari ni pun dua-tiga kali ajak 'jalan atas pokok'.

Posing lagi sementara menunggu bot datang ambik.

Kak Ji sedang mengambik gambar kami atas bot. Malangnya kamera tu dah jadi arwah sekarang ni. Tak taula kat mana hilangnya. Kamera hilang tu aku takdela kisah sangat sebab ada gak kamera satu lagi, walaupun kualitinya kurangla sikit, tapi aku ralat sebab gambar2 menarik masa kat sana tu dah hilang. Nak jadi cerita, si Hannah yang selalu masam kalau ambik gambar, hari tu siap senyum dan sengih gelak ketawa lagi. Gambar pemandangan2 menarik pun banyak. Nasib baik semua gambar2 sebelum ke Jerantut aku dah transfer ke laptop sebelum pergi Kebanyakan gambar2 dalam posting ini adalah ihsan Abang Jak, terima kasih lagi sekali Abang Jak.

Kat Kuala Tahan, jeti nak ke Taman Negara kami lunch kat satu restoran terapung. Memanng betul terapung pun, makan pun rasa sikit terumbang ambing gitu. Restoran tu diikat ke tebing ngan tali, jadi kalau anir naik dia pun naik, kalau surut dia turun la. Kedudukannya betul2 kat depan Mutiara Taman Negara dan Pejabat Perhilitan, tempat ambik permit nak masuk Taman Negara. Permit untuk serorang RM1 je, kalau bawak kamera, RM5 satu kamera.


Kat Taman Negara ni banyak lagi tempat yang best2 tapi kami tak sempat pergi la. Lain kali nak kena pergi lagi kot, bawak adik beradik sedara mara yang lain lagi ramai lagi seronok. Kalau nak betul2 pergi semua tempat tu nak kena dua tiga hari baru padan kot. Tapi bila lagi nak sampai tu, hanya Tuhan yang tahu.

4 comments:

4-a&nazrah said...

wah! seronoknya jalan-jalan. jeles.. jeles...

amiechomel said...

memang jeles.
camera yg arwah tu kamera yg baru beli tu ke?

Unknown said...

Tolong jawab, Ya! kami pun masih mengharap keajaiban moga-moga kamera tu masih boleh ditemui...

AdamTajuddin said...

Itu lah, kamera tu x samapi tiga bulan lagi umurnya. Hari Jumaat tu jugak baru amik kat kedai lepas baiki sebab terjatuh last 2 weeks. Memang xde rezeki ngan kemra tu kot. Masih ralat sebab gambar2 yg cantik2 kat dalam tu, huhu.