CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 27, 2009

Aku sudah tidak sabar lagi!!

Sibuk la plak dari minggu lepas sampaila ke hujung minggu ni. Kena uruskan relocation of the unit (bangunan yg sama lagi, tapi tempat dah berubah2) yang tak settle2 lagi walaupun pindah memindahnya hari Isnin ni.

On top of that ada lak staff2 yg buat masalah. Nak buat perangai pun tunggu2la aku free sikit, ni tak, masa nilah semuanya, dengan permintaan yg mengarut2, dengan maslah disiplin dsb. Pastu adalak yg resigned, yg tu aku boleh terimalah, baguslah kalau dapat kerja yang lebih bagus dengan jawatan dan gaji yang lebih baik, aku fahamla tu. Ni, tengah2 gawat nak cari kerja lain pun susah pun masih nak buat perangai yg bukan2. Pastu dok compare ngan company2 lain, tapi yg elok2 je, yg tak bagus tak sebut. Kerja ni mana2 pun ada yg seronok dan tak seronoknya. Pastu siap mintak husband merayu ngan aku untuk "tulong oghe kito". Geram betul aku!!

Tambah pulak dengan polisi2 dan prosedur2 baru yang nak di-implement-kan bulan Jun ni, tak finalise lagi. Dari satu meeting ke satu meeting tak habis2. Pastu minggu ni tinggal 2 hari je lagi.

Pastu anak aku si Sarah pun tak sihat, bisul dikepala baru lepas surut, demam pun baru sembuh, sampai my wife kena ambik cuti semalam. Alhamdulillah. Tapi eczema dia tu tak kurang2 pun lagi.

Tambah geram lagi, last Saturday aku ni kelam kabut siapkan anak2 pagi2 bawak pergi Mid Valley Megamall, tau ajelah kalau kat situ kalau lambat sikit mesti berjam2 pusing cari parking space. Sebabnya aku ada "Meet the Author Session" ngan one of my favourite author, Jhumpa Lahiri, pengarang buku The Namesake yang menang anugerah Putlizer tu. Katanya sessi tu pukul 11 - 12 pagi kat MPH, tapi bila aku sampai dan tunggu2 rupa2nya diaorang cakap sessi tu kat One Utama, bukan Mid Valley. Marah betul aku, tapi kalau nak pergi One Utama tu satu hal lak, dah la lewat kat sana pun masalah parking lak, last2 aku balik rumah je (tapi terbeli lak 2-3 buah buku dulu).

Tapi, salah satu sebabnya yg aku sibuk dan kelam kabut tu sebab nak pergi bercuti panjang minggu depan ni, yahoooo.. Itu yang nak siapkan semua kerja minggu ni supaya bila masuk balik kerja takdela bertimbun yang menunggu atas meja. Pastu nak pastikan semua projek2 yg di jadualkan minggu depan ni berjalan lancar walaupun aku takde. Ah, tak sabar betul aku nak makan angin ni. Lepas tu balik kampunglak jumpa ibu tercinta, tak sabar dah nih.

Harap2 takdela panggilan2 potong stim dari ofis masa tu..

1 comments:

pok soh said...

ha..ha.. itu namanya kemanisan bekerja.
sibuk-sibuk kemudian rehat. nikmatnya waktu rehattu.
makan angin n balik kg.
selamat bercuti.