Elephants.. inilah sebabnya kami ke Zoo Negara hari ni. Dah berminggu2 si Hannah dok sebut2 nak tengok gajah ni. Pagi2 lagi budak2 berdua ni dah bangun tapi aku takleh bukak mata sebab malam tadi tido lambat (hujung2 minggu ni camtulah, lagipun aku takde plan nak pergi jogging pagi ni sebab bini aku pagi2 dah kena pergi sekolah). Pukul 9 baru aku bawak budak2 tu mandi, pastu pergi makan roti canai baru pergi zoo.
Hannah ni punyala tak sabar nak tengok elephants, tiap kali berenti kat traffic lights atau kereta slow sikit mesti tanya "dah sampai dah?". Baru2 sampai nak tengok gajah dulu baru tengok haiwan2 lain, pastu sekejap2 nak pusing balik tengok gajah gak.
Mula2 takut, pastu sampai tak cukup carrot nak bagi makan, kena beli satu plastik lagi, tapi budak2 ni buang je la carrots tu kat tanah sebab takut kalau rusa2 ni datang dekat sangat, macam bagi makan ikan lak.
Lion, cam tak cukup makan je aku tengok, kurus kering je, tapi bila dia mengaum satu zoo dengar kot.
Berehat sambil minum Milo. Masa ni tak jumpa tempat jual aiskrim lagi tapi nasib baik la aku dah siap2 bawak dari rumah milo kotak ni.
Lepas tu budak2 tu pau aku lagi beli belon2 ni, panjang sangat diorang tak reti nak pegang, last2 main tolak2 je.
Pastu si Hannah bocor agaknya adalah sangkut kat mana2 tu. Akhirnya dia buat selendang lilit kat leher je.
Nak balik tiba2 si Hannah nak naik tram lak, mula2 aku malas nak layan tapi bila dia mula nak buat perangai terpaksa la aku beli tiket gak supaya tak terjejas kemachoan aku kat situ.
Dalam kereta aku suruh Hannah kutip biji2 jagung yang tertumpah, tapi dia pulak yang terlentok kat tengah tu. Aku anggap tu tanda sukses latu outing hari ni. Budak2 ni memang gila makan jagung rebus ataupun corn in cup ni. Si Sarah tu pulak aku letak camtu je dalam kereta sebab ibu dia lupa tinggalkan kerusi dia sebelum pergi sekolah (ataupun sengaja tak nak tinggal kot, sebab jeles tak bawak ibu sekali, alah bukan kali pertama pergi pun, agaknya ni kali ke 3 atau 4 bawak budak2 pergi zoo, last sekali pun masa raya cina hari tu, baru lagi).
Besok nak kena sambung balik aktiviti berjoging sebab lutut dah kurang sakit dah.
Bye.
4 comments:
Jeles tgk bdk2 ni dgn riang rianya outing dgn abah mrk.
budak2 jaman skarang tak payah susah2 masuk utan tengok gajah.naik keta pun boleh tengok.jinak pulaktu.
apa yg penting, i kecik ati sebab u tak tengok I perform kat TV1 tadi. My friend siap tunggu depan TV dari pukul 7 pagi, takut miss, tapi u pegi zoo! Wahhhh sedihnyer...
Betul tu paksin, tapi masa aku budak2 dulu nak tengok gajah dalam tv pun tak bleh, maklumla takde tv kat rmh. Tapi tengok taik gajah dalam kebun bapak banyakla.
Alah sian amiechomel, nak wat camner dah janji ngan budak2. Tu la tak cakap nak kuar tb, kalu tak tunggu gak.
Post a Comment