CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 19, 2009

Tawaran dan pendapat2

When I was at HQ attending a meeting today, a friend invited me for lunch at KLCC. Rupa2nya her husband, dulunya cikgu sekolah tapi dah berhenti sebab tak puas hati dengan pihak pentadbir sekolah dan JPN sekarang dah buka pusat tution sendiri. Pusat tuition tu charge students RM80 - RM120 satu subjek (depending on the subject lah) sebulan (kelas 2 jam sekali seminggu). Satu students selalunya ambil sekurang2nya 3-4 subjects dan satu2 kelas tu ada lebih kurang 20 students je (supaya dapat beri perhatian secara individu). Satu2 subject tu seperti seni satu kelas je tapi kalau matematik atau english tu sampai 4-5 kelas juga katanya. Lepas tu, dia buat untuk semua tingkatan sekolah menengah. Aku tanya berapa pendapatan suami dia sebulan, dia gelak je tapi katanya memang tak ralatlah berhenti kerja dengan kerajaan. Kira sajalah, untuk cikgu2 yang buat part time kat situ, mereka bayar lebih kurang RM300 - RM500 untuk satu kelas sebulan, kalau ambil 4 kelas? dah RM1,200 ke RMRM2,000 sebulan. Patutlah ramai cikgu2 buat part time kat kelas2 tution. Ada jugak yang beri lebih perhatian kat kelas tuition daripada sekolah (orang kata, aku tak tau la betul ke tidak, tapi hari tu pernah la keluar isu ni kat NST).

Husband kawan aku ni nak buat kem peperiksaan sempena cuti sekolah ni tapi tak cukup cikgu pulak sebab sambuatan students labih ramai daripada yang dijangka. Nak tolak tak boleh sebab lagi ramai students lagi banyak la duit masyuk tu. So dia tanya kalau2 my bini interested nak join suami dia, kerja dalam sejam dua je sehari untuk 5 hari boleh dapat dalam RM1,000 ke RM1,500. "Daripada duduk2 je kat rumah, tak dapat apa2 pun." katanya. wah wah, dok rumah SAJA SAJA?? Tapi aku seyum sajalah, malas nak gaduh2.

Tanpa merujuk bini, aku terus gunakan kuasa veto dan cakap bini aku tak minat kerja2 part time ni sebab kerja2 sekolah pun tak habis, balik rumah pun bawak kerja sekolah gak. Lagi pun yang lebih penting tu aku nak bawak famili bercuti, hotel pun dah book tu. Bukan tak nak duit, tapi kadang2 ada benda yang lebih diperlukan daripada duit ringgit, walaupun belum kaya raya lagi, tapi setakat makan pakai dan keperluan2 asas tu semua mencukupilah. Kelas tution dia pun kat Puchong, kalau nak harap my wife tu drive keluar dari Ampang ni memang tak sampaila.

***

Bercakap pasal tution ni, aku pun tak tahulah setakat mana keperluannya. Masa aku sekolah dulu takde pun kelas2 tution ni, kalau adapun setakat kelas tambahan anjuran pihak sekolah yang tak berbayar pun. Itu pun kalau dah dekat nak exam barula buat. Tapi itu tahun 80an dulu, mungkin zaman dah berubah keperluan expectation pun makin tinggi.

Kalau untuk kelas2 peperiksaan tu mungkin perlulah kot, tapi ada kawan2 aku anak2 baru Tahun1 dan berhabis2 duit hantar tution. Contohnya kawan aku si F (dah dapat kelulusan untuk jadikan contoh, walaupun tak setuju ngan pndapat aku), anaknya baru Tahun 3 tapi jadual hariannya lebih sibuk dari aku yang bekerja nih, pagi sekolah, petang kelas KAFA, malam 2 malam mengaji 3 malam tution, kelas English dan matematik, hanya 2 malam pada weekend je yang free (untuk aktiviti keluarga, katanya). Sabtu pagi pergi kelas silat petang kelas renang, petang Ahad kelas mandarin. Ternganga aku dengar jadual dia.

Kesian pun ada ngan budak tu. Aku setuju kelulusan akademik tu penting untuk masa depan, kelas silat, renang dan mandarin pun banyak kebaikannya, tapi aku terfikir masa bila pulak budak tu nak menikmati zaman kanak2nya. Akan ada effect ke pada perkembangan sosial dan mental budak2 tu. Anak sulung aku pun baru 4 tahun sekarang, tu pun ada yang bising ngan aku sebab tak hantar tadika lagi. Sebenarnya bukan tak nak hantar, tapi atas sebab2 tertentu (salah satunya anak aku tu asyij nangis je masa seminggu trial kat tempat baru, last2 aku hantar kat nursery yang dulu balik, takde tadika kat situ). Tahun depan aku hantar la tu. Aku dulu tak sekolah tadika pun, tapi Alhadulillah bila masuk sekolah rendah tak banyak masalah pun, tak pernah tution pun tapi kalau result SRP akku 9 aggregate dan SPM 15 aggregate tu dah kira bolah tahan la jugak, walaupun kat sekolah aku tu kira average ajela tu. Tapi tu dulu, tahun 80an.

Aku setuju, anak2 nak kena bagi persedian secukupnya untuk menghadapi cabaran dan persaingan masa depan, tapi masa SEKARANG budak2 tu pun mestilah dihargai juga. Pencapaian 20A memanglah diidam2kan tetapi berjaya jadi doktor atau peguam bukanlah satu2nya tandanya kejayaan. Pada pendapat aku, berjaya seseorang itu ialah apabila tidak bergantung pada orang lain untuk hidup, stabil dari segi emosi, kewangan, kesihatan dan rumahtangga. Cukuplah memenuhi keperluan asas untuk diri sendiri dan tanggungan, tidak melanggar undang2 dan tentunya hidup mengikut keperluan agama.

Pendapat aku sahaja, kalau tidak setuju pun tidak mengapa.

****

Bercakap pasal cuti sekolah pulak, baru2 ini adalah aku bertekak ngan seorang kawan pasal tanggung jawab sekolah dan cikgu pada masa cuti sekolah ni.

Puncanya, kawan aku u bintu nak car jalan nak mengisi masa anak dia masa cuti sekolah ni. Anak dia dah Form 5, selepas kelas tution sekali sehari, banyak masa terbuang dan kawan aku tu takut anak dia terlibat benda2 tak betul pulak, maklumlah, mak bapak kerja sampai petang, jadi budak2 tu buat apa kat rumah pun tak ada siap yang tahu. Anak dia ni selalu bawak kawan2 balik rumah kalau mak bapak takde, pastu kawan aku ni pun ada anak2 perempuan yg remaja gak. Jadi bimbang la jugak kawan aku tu sebab tak tahu kegiatan2 budak2 tu.

Jadi kawan aku tu bagi cadangan "sepatutnya, cuti sekolah begini pihak sekolah kenalah anjur kegiatan2 untuk isi masa students".

Sebagai suami cikgu, aku take offence la jugak. Aku cakap itu bukan tanggungjawab pihak sekolah tapi ibubapa untuk mengawal anak2 meraka. Tapi kawan aku tu tak setuju sebab "Kita ni kerja, cikgu2 tu buat apa? Dahlah kerja pun sekerat hari je, cuti pun berlambak2. Tu tugas mereka kan?". Lebih kurang begitula katanya, exact words dah lupa la tapi to that effect lah.

Pendek cerita (tiba2 malaslak nak cerita panjang lebar) berteka2 la kami pasal ni. Soalan aku, apakah tanggungjawab ibubapa setakat anak2 umur 6 tahun saja? Bila dah masuk sekolah tanggungjawab itu jatuh sepenuhnya pada guru? Tidakkah guru2 juga seorang manusia dan pekerja dan seperti golongan lain, juga mempunyai masalah lain, mempunyai rumah tangga dan keluarga dan memerlukan cuti untuk memenuhi tuntutan2 yang lain juga? Bukankah tanggungjawab ibubapa itu tiada habisnya? Walaupun aku ni bukan cikgu, orang2 yang rapat ngan aku hampir semuanya cikgu, sikit sebanyak terpaham la jugak isihati guru2 ni. Lagipun kalau masa cuti pun bini dan adik kakak aku dan ipar duai aku kena habiskan masa dengan students diaorang, bila masa pulak untuk memenuhi kepeluan keluarga?

Agaknya manusia ni begitulah sentiasa nak tolak tanggungjawab untuk orang lain sahaja, tapi tahu pula ambil credit untuk kejayaan orang lain.

Bye

6 comments:

pok yim said...

nampaknya tambah satu lagi tugas cikgu.
jadi pengasuhlah pulak
bagi can makbapak rehat....panjang.
bukan apa nak jaga hati makbapak.

Unknown said...

I selalu gi kursus prasekolah, dan I kan skrg mahasitua OUM. Selalu gak masa tutorial tu kitorang bincang pasal anak2 zaman sekarang. Kasihan, mereka telah kehilangan zaman kanak2! Pada I tak perlulah tuisyen awal2 sgt, yg penting tumpuan dlm kelas. Tengoklah Nik Madihah yg dpt 20A tu, dia tak gi tuisyen pun! Kat kelas tuisyen pun byk yg gi main2 je, bukan nak belajar sgt pun tp sebab mak bapak suruh.Pada I kalau tahun peperiksaan tgk subjek yg lemah je boleh la tuisyen. Lagipun cikgu sekolah dah bertungkus lumus mengajar anak kita...
Lagi..kalau dah Form 5 pun nak suruh cikgu jaga jgk, tak taulah apa nak kata. Mak bapak beranak sajalah, pastu tanggungjawab serah kat orang lain. Geram betul dgn parents macam ni.

hannahsarah said...

Zaman nak semua cepat n lepas tangan. Anak buat salah, cikgu tak ajar. Anak berjaya sikit penghargaan pun takde pada cikgu...
Zaman makbapak lepas tanggungjawab pada cikgu tapi nak denda n rotan xkasi lak.
Didikan pertama bermula di rumah bukan di sekolah

amiechomel said...

setuju dgn semua pendapat di atas... by the way, i tak mampu nak buat kelas tuition walaupun boleh menambah pendapatan, masa yg ada, i nak bagi tuition untuk my kids jer...

dzani said...

Kalau tak bagi headstart melalui tusyen susah anak2 kita nak compete ngan orang lain, especialy yg bukan melayu tu. Nak harapkan cikgu sekolah pun tak boleh sgt sebab kalau kat sekolah anak aku, satu kelas sampai 40 orang, macamana nak tumpu kat anak kita je.

Aktiviti masa cuti tu elok jugak, daripada budak2 bercampur dgn mat2 rempit dan bohsia elok juga kalau buat kem ke rombongan ke, 4 - 5 hari je, bukan semua cikgu pun (bini kau boleh la lepak atas riba kau je, haha), boleh jugak menambahkan ilmu dan pengalaman, tapi mak bapak kena la sponsor jugak, aku tau duit PIBG mesti tak cukup.

BTW, aku bayar yuran sekolah anak2 on time dan tak lupa contribute tiap2 kali sekolah anjur jogathon la, walkathon la, hari kantin la, derma itu ini la, tak banyak sikit2pun mesti adalah (dah anak2 aku kena paksa kutip derma, siap kenakan jumlah minimum setiap murid2 lagi, lain kali kau pun hulur lebih la sikit, bila anak kau masuk sekolah nanti aku pun bagi lebih la jugak, hahaha)

Norman said...

Abe, marila hantar anak sekolah Taski bini ambo, kelas ngaji pun ada + ajar asas agama + kelas biasa sambil tolong kawe2 abe. Gombak nga Ampang tak jauh, abe, hehe