Semalam on the way balik dari ofis nak pergi ambik anak kat sekolah sebelum balik rumah kat Selayang, kereta kawan aku rosak kat Jalan Kuching. Kawan aku tu dah cuak dah, dahla keluar ofis lambat, jalan pun jem, bila nak sampai sekolah anak dia tuh. Biasa pukul 6.30 ptg sampaila ambik anak perempuan dia yg baru darjah satu tu kat depan sekolah, tapi semalam masa tu tengah dok tolak kereta kat tepi jalan lagi, hari pun macam nak hujan lak tu.
Masa tu macam2 dah masuk kat dalam kepala kawan aku, maklumla sekarang ni macam2 cerita yg buruk2 yg didengar dan dibaca dalam akhbar. Telefon rumah takde orang angkat, nak telefon sekolah tak tau nombor. Masuk pukul 7 malam tunggu2 orang AAM datang check kereta tak sampai2 (jem kot) dia terus ambik teksi pergi sekolah. Dalam hati tu punyalah risau takut apa2 jadi ataupun anak dia cuba2 balik sendiri, kalau sampai rumah takpe kalau tak sampai? menyesal tak habis lah.Walaupun sekolah anak dia tepi jalan dan tempat ramai orang tapi zaman sekarang ni mana ada orang ambik peduli benda2 yang takde kena mengena ngan diorang. Sebagai bseorang bapa kepada anak2 perempuan, aku boleh rasakanla kebimbangan kawan aku tuh.
Pukul 7.30 malam baru sampai sekolah. Masa tu dia tengok kawasan tu dah kosong, satu budak pun dah takde, kawan aku berpeluh dahi dah. Tapi tiba2 dia nampak anak dia melambai2 dari bus stop ditemani seorang perempuan. Rupa2nya perempuan tu cikgu sekolah tu, yang tolong temankan dia sementara menunggu kawan aku tu sampai. Terus kawan aku tu terharu, "rasa macam nak cium je tangan cikgu tu" kata dia. "Tak sangka zaman sekarang ni ada lagi cikgu yg begitu, sanggup korbankan masa demi keselamatan murid walaupun dia tak mengajar pun kat kelas anak aku" sambungnya.
Itulah, kalau ikhlas dan jujur, benda2 yang mudah gitu pun boleh menyentuh perasaan orang. Bukan semua cikgu hanya setakat masuk kelas, mengajar dan lepas tu tunggu gaji masuk 25hb je. Tapi bila aku cakap ramai cikgu yang korbankan masa untuk keluarga dan rehat untuk murid2, dia balas "Tu lain, itu tugas, ni takde orang mintak tolong je.". Hmmm, terus aku sakit hati.
Yang best (atau tak bestnya) kawan aku tu cakap "nanti hari guru aku nak bagi hadiah la kat cikgu tu.". Bila aku cakap "hari guru dah lepas la, 2 minggu dah" dia tengok aku dan tanya "Ya ke?".
Thursday, May 28, 2009
Ya ke?
Posted by Adam Tajuddin at 7:36 PM 3 comments
Wednesday, May 27, 2009
Kalau dah takde kerja
Next week upload gambar2 percutian lak, belum pergi lagi dah best dah nih.
Posted by Adam Tajuddin at 10:05 PM 1 comments
Aku sudah tidak sabar lagi!!
On top of that ada lak staff2 yg buat masalah. Nak buat perangai pun tunggu2la aku free sikit, ni tak, masa nilah semuanya, dengan permintaan yg mengarut2, dengan maslah disiplin dsb. Pastu adalak yg resigned, yg tu aku boleh terimalah, baguslah kalau dapat kerja yang lebih bagus dengan jawatan dan gaji yang lebih baik, aku fahamla tu. Ni, tengah2 gawat nak cari kerja lain pun susah pun masih nak buat perangai yg bukan2. Pastu dok compare ngan company2 lain, tapi yg elok2 je, yg tak bagus tak sebut. Kerja ni mana2 pun ada yg seronok dan tak seronoknya. Pastu siap mintak husband merayu ngan aku untuk "tulong oghe kito". Geram betul aku!!
Tambah pulak dengan polisi2 dan prosedur2 baru yang nak di-implement-kan bulan Jun ni, tak finalise lagi. Dari satu meeting ke satu meeting tak habis2. Pastu minggu ni tinggal 2 hari je lagi.
Pastu anak aku si Sarah pun tak sihat, bisul dikepala baru lepas surut, demam pun baru sembuh, sampai my wife kena ambik cuti semalam. Alhamdulillah. Tapi eczema dia tu tak kurang2 pun lagi.
Tambah geram lagi, last Saturday aku ni kelam kabut siapkan anak2 pagi2 bawak pergi Mid Valley Megamall, tau ajelah kalau kat situ kalau lambat sikit mesti berjam2 pusing cari parking space. Sebabnya aku ada "Meet the Author Session" ngan one of my favourite author, Jhumpa Lahiri, pengarang buku The Namesake yang menang anugerah Putlizer tu. Katanya sessi tu pukul 11 - 12 pagi kat MPH, tapi bila aku sampai dan tunggu2 rupa2nya diaorang cakap sessi tu kat One Utama, bukan Mid Valley. Marah betul aku, tapi kalau nak pergi One Utama tu satu hal lak, dah la lewat kat sana pun masalah parking lak, last2 aku balik rumah je (tapi terbeli lak 2-3 buah buku dulu).
Tapi, salah satu sebabnya yg aku sibuk dan kelam kabut tu sebab nak pergi bercuti panjang minggu depan ni, yahoooo.. Itu yang nak siapkan semua kerja minggu ni supaya bila masuk balik kerja takdela bertimbun yang menunggu atas meja. Pastu nak pastikan semua projek2 yg di jadualkan minggu depan ni berjalan lancar walaupun aku takde. Ah, tak sabar betul aku nak makan angin ni. Lepas tu balik kampunglak jumpa ibu tercinta, tak sabar dah nih.
Harap2 takdela panggilan2 potong stim dari ofis masa tu..
Posted by Adam Tajuddin at 8:09 PM 1 comments
Tuesday, May 19, 2009
Tawaran dan pendapat2
Bye
Posted by Adam Tajuddin at 7:45 PM 6 comments
Saturday, May 16, 2009
Ke zoo lagi
Besok nak kena sambung balik aktiviti berjoging sebab lutut dah kurang sakit dah.
Bye.
Posted by Adam Tajuddin at 7:01 PM 4 comments
Friday, May 15, 2009
Bapak dan Anak2
Kebetulan pulak balik hari ni awal, hari pun terang dan cuaca pun elok, aku bawak anak2 pergi Town Park kat Pandan Indah. Seronok betul budak2 tu main sebab minggu lepas tak pergi mana2, dok rumah je weekend. My bini tak ikut sebab nak cuci rumah.
Oh, BTW kat belakang tu ada motor orang jual aiskrim, kami kalau pergi playground mana boleh tak makan aiskrim, tapi baru je nak pergi beli uncle tu dah hilang. Untuk tak menghampakan anak2, aku bawakla pergi pasar malam kat sebelah playground tu, beli diorang punya favourite drink, Milo Ais.
Ciao!
Posted by Adam Tajuddin at 2:56 PM 4 comments
Monday, May 11, 2009
Nak kawin lagi...
Kawan yg dah lama aku tak jumpa tiba2 talipon nak mintak tolong. Aku ingat nak pinjam duit ke, pinjam keta ke apa, biasala kalau tiba2 je muncul ni selalu camtulah. Tapi rupa2nya nak mintak tolong pinang anak dara orang buat bini muda. Hu ala, ni yg aku malas layan ni, bukan apa, malas nak bersoal jawab ngan cikgu kat umah tu, nanti tesangkut ngan aku2 sekali jadi suspek.
Kawan aku ni lagi muda dpd aku dalam 2-3 taun gak aa, bini no satu dah cerai lama dah atas sebab yg melampaula tak logiknye, kesian yg amat kat bini dia tu. Ada ke cerai sebab dia tengok bini dia beranak jadi lepas tu takleh 'bersama' lagi ngan bini sebab dia cakap "aku geli la, terbayang je darah dan kepala budak tu keluar kat situ". Hello, bini nko tu menyabung nyawa beranakkan anak nko tau, bukan anak orang lain. Pastu, aku lak yg temalu kalau terserempak ngan bini dia tu, nasib baik sekrg dengar kata dah balik Kelantan, takdela terjumpa lagi. Dulu tu ada gak ternampak sebab kawan dia kerja satu opis ngan aku (company dulu la). Aku pun masuk kat bilik bersalin masa bini aku beranak, takde geli geleman pun, sakit tangan je sebab bini aku genggam kuat sangat, nak tarik tangan kang tak sampai ati, redha je lah, paling2 pun patah jari je takdela bertarung nyawa cam bini aku.
Pastu kawan aku tu kawin ngan opismate dia dan dapat anak 2 lagi (hmm.. yg ni tak geli lak? sangsi btol aku). Sekarang nak kawin lagi sebab katanya "bini aku tu tak supportive la, semua aku buat tak betol ajelah, bosan betol. Pastu kampung sikit, tak pandai dress up. Lagipun aku nak anak pompuan lak, cam nko' (wah, ada gak yg dengki ngan aku, hehe..). Aku malas nak cakap pasal sebab no 1 tu sebab tak kenal ngan bini yg ni. Sebab no 2 tuh, kalau nak bini cantik bergaya nko belila baju baru ikut taste nko. Yg bab anak pompuan tu, bini nko muda lagi, boleh beranak 7 8 kali lagi, lagipun kalau bini baru gerenti dapat anak pompuan ke? (Note : adakah aku nak kena kawin lagi gak kalau nak anak jantan? ... alaa, gurau2 manja je, test reaksi dulu, hehe).
Yg terbaru ni anak dara baru lepas keluar U. Huh, muda sgt2 tuh. Katanya mak bapak awek tu pun setuju dengan syarat buat elok2 ikut agama dan adat budaya. Tu yg nak kena hantar rombongan meminang tu. Nak mintak tolong bini takut kena potong kepala, nak mintak tolong mak bapak sendiri tak berani, nak tanya adik beradik saudara mara pun takut, last2 carila kawan2 mintak jadi wakil. Agaknya kawan2 sekarang pun tak nak campur kot, tu pasal cari kawan2 lama lak.
Yang aku heran, kalau belum kawin pun sembunyi2 dari bini dan kaum keluarga, dah benikah nanti camner lak. Takkan nak cakap ngan bini kena pegi outstation selang semalam. Pastu kerja bukan jenis yg kena outstation pun. Duit ringgit pun 2 3 bulan sekali datang mintak pinjam. Cukup makan ke ank bini nanti? Harap bini tanggung diri sendiri ke? Nanti akan berlaku adilkah pada yg muda tu? Akhirnya bini tua pun akan tau, mak bapak pun akan tau, satu dunia pun tau. Menjawab juga nanti..
Yang nak jadi bini muda pun satu hal lagi, kalau awal2 lagi dah taknak bawak mak bapak dia, nko paham2 ajelah. Tu tanda ada benda yg tak kenala tuh. Pikir la betol2 dik oi, nanti kata laki tu jahat, menipu, awak tu jadi mangsala dsb, tapi yang dok bagi peluang orang amik kesempatan tu pehal??
Tapi org dah tengah merenyam tu, cakap la camner pun masuk telinga kiri keluar telinga kanan je.
Musim orang menikah 2 - 3 sekarang ni kot. Hari tu pun ada kawan aku kawin bini no 3, sebab bini no 1 tu tak suka pilihan keluarga (anak dah masuk sekolah baru tak bahagia? tak paham aku). Pastu bini no 2 pilihan sendiri, masih cari yg no 3 jugak. Yg no 3 to colleague plak tu, bukan tak tau orang tu dah bebini 2, dok layan jugak. Pastu kalau tak bahagia esok kata laki yg jahat lak. Org laki ni memanglah amik kesempatan je kalau ada yg sudi, tapi yg perempuan pun tak betol jugak, saja je nak cari pasal sendiri.
Pastu yg aku tengok yg menikah 2 - 3 ni semuanya yg jenis rakan masjid je, tak paham betol aku. Kawan aku cakap "yg kawin 2 ni, samada yg semayang 5 kali sehari kat masjid atau yg sekali sehari pun tak semayang. Yang semayang solo 5 kali sehari cam kita ni bini sorang je..".
Tak paham, tak paham.
Posted by Adam Tajuddin at 8:10 PM 5 comments
Sunday, May 10, 2009
Selamat Hari Ibu
SELAMAT HARI IBU.
Selamat Hari Ibu untuk Mak. Tak ternilai kasih dan pengorbanan mak, tak terhitung hutang piutang untuk mak yang tak mungkin terbalas sampai bila2 pun. Terimakasih Mak.
Selamat Hari Ibu untuk isteriku. Anak2 bila bersuka2 berseronok2 cari bapa tapi bila penat atau sakit atau memerlukan perhatian cari ibunya. Ibunya tak tidur malam bila anak2 demam tapi bapanya lena sampai pagi. Terimakasih isteriku.
Selamat Hari Ibu untuk all my sisters yang sekarang ni semuanya dah jadi ibu, terutamannya Cik Ngah yang menyambut ulang tahun kelahiran ke 40 semalam. Selamat Hari Jadi. Seorang kakak yang umpama seorang ibu juga, sentiasa meletak keperluan dan keselesaan orang lain di depan, sentiasa bersedia mendengar masalah, sentiasa bersedia menghulur bantuan. Semoga dipanjangkan usia dengan kesihatan yang semakin baik dan sentiasa dimurahkan rezeki, InsyaAllah. Terimakasih sisters.
Selamat Hari Ibu untuk semua kaum ibu semoga Allah merahmati anda semua dan anak2 makin membahagiakan hidup anda.
Terimakasih.
Posted by Adam Tajuddin at 12:18 AM 2 comments
Saturday, May 9, 2009
K O S O N G
K O S O N G = 0
Itulah ketidakmeningkatan atau ketidakmenurunan dalam bulan kedua. Elehh, no hallah. At least tak naik kan? Mana nak turun sebab dah 3 minggu tak pergi pergi exercise. Minggu lepas pegi Jerantut, pastu for 2 straight weeks sebelum tu sakit lutut lak. Nampaknya my ligamen yg koyak tu buat hal lagi. My doctor cakap mungkin sebab aku ni turun naik tangga byk sangat, mau tak, sebab nakkan kesasaan tubuh badan dengan cepat, aku naik turun tangga je kat opis, hehe. Opis aku kat tingkat 8, bayangkan berapa byk kalori kena bakar dalam sehari tuh? turun naik lunch, jumpa colleaques dari tingkat 1 sampai 12 tuh 3-4 kali sehari. Sekarang dah terpaksa ambik lif balik, sampai lutut OK sikit sebab last Monday doctor kata bengkak lagi kat dalam lutut aku tuh.
Tengokla si Hannah nih, pagi2 dah bangun dah mandi, tapi ngamuk nak pakai balik baju tido dia. Lantaklah, hari ni pun takde plan apa2 sampai lepas zohor baru nak pergi Shah Alam. At least dapat jugak ibu dia buat kerja dan aku melepak tengok tv, hehe. Nik tengah makan serdak keropok sambil tengok Ultraman kat TV3.
Ciao
Posted by Adam Tajuddin at 12:28 PM 0 comments
Sunday, May 3, 2009
Tidak bekerja sempena Hari Pekerja
Wah bestnya, bukan selalu dapat 3 days weekend. Sempena meraikan Hari Pekerja dengan tidak bekerja, lepas paergi Home Decor Fair kat KLCC Convention centre pada 1 Mei hari tu aku sefamili pergi ke Jerantut melawat kakak aku kat sana. Last sekali aku pergi sana pun lebih kurang 5 tahun dulu, dah overdue dah nak kena pergi. Lepas ni tak taula bile lagi, hehe.
On Saturday tu kami pergi ke Taman Negara, dekat je dari rumah kakak aku tu. Best giler pergi naik bot ke canopy walkway. Mengekek2 Hannah gelak bila air mercik ke muka. Orang pulak punyalah ramai kat canopy walkway tu. Masa kitorang sampai, ada lebih kurang 528 orang queue depan kami. Nak kena tunggu banyak jam gakla sebab boleh ada lebih kurang 10 orang je pada tiap2 bahagian di antara stesen2 tinjau dia, ada lebih kurang 9 stesen kot, lupa lak.
Kat Taman Negara ni banyak lagi tempat yang best2 tapi kami tak sempat pergi la. Lain kali nak kena pergi lagi kot, bawak adik beradik sedara mara yang lain lagi ramai lagi seronok. Kalau nak betul2 pergi semua tempat tu nak kena dua tiga hari baru padan kot. Tapi bila lagi nak sampai tu, hanya Tuhan yang tahu.
Posted by Adam Tajuddin at 7:00 PM 4 comments