Exhibition ni berlangsung sampai 17/5/2009 ni. Siapa2 ada anak2 tu, especially yang dah mask tadika atau sekolah rendah tu eloklah bawak pergi, very informative and interesting. Anak2 aku ni kecik lagi jadi kurang paham la sikit. Entrance fee RM12 for adult & RM8 for children from 5 - 12. Below 5 masuk percuma je.
Sunday, April 26, 2009
Bakcyard Monsters & Dinosaurs Exhibition.
Exhibition ni berlangsung sampai 17/5/2009 ni. Siapa2 ada anak2 tu, especially yang dah mask tadika atau sekolah rendah tu eloklah bawak pergi, very informative and interesting. Anak2 aku ni kecik lagi jadi kurang paham la sikit. Entrance fee RM12 for adult & RM8 for children from 5 - 12. Below 5 masuk percuma je.
Posted by Adam Tajuddin at 8:38 PM 2 comments
Friday, April 24, 2009
Che
Posted by Adam Tajuddin at 6:45 PM 8 comments
Tuesday, April 21, 2009
Glimpse of the future


(kat sebelah tu setokin abah yg kakak tolong buka, untunglah suaminya nanti, harap2 akan dapat suami yg soleh yang dapat menjaga dan membimbing anak2 aku ke jalan yang benar, InsyaALLAH, wah, jauh wawasan tuh..hehe)
Posted by Adam Tajuddin at 8:51 PM 3 comments
Sunday, April 19, 2009
KL International Book Fair
Last Sunday nak pergi PIKOM Fair kat KL Convention Centre kat KLCC tu tapi tak jadi sebab hujan lebat petang tu, lama sampai ke malam lak tuh. So hari ni pagi2 lagi kami dah keluar pergi KL International Book Fair kat PWTC.
Aku ni memang gila kalau ngan buku2 ni. Masa aku muda remaja dulu, aku malu gak nak ngaku hobi mengisi masa lapang aku membaca buku sebab takut tak macho & skema sangat la kononnya. Orang melayu kita ni dulu memang la sangat2 tak baca buku. Kalau ada pun awek2 je. Sempat gakla aku berkenalan ngan dua tiga orang dulu, hehe. Tapi tak bawak kemana pun, abis kat kedai buku tu je. Kira hobi baca buku ni untuk yg nerd aje la. Tapi bila proses penuaan dah berlaku ni, aku rasa banggalah plak bila orang tau aku ni suka membaca. Member2 aku yang jantan2 tu pun takdela memandang serong pun kalau tengok aku kelek buku. Lagi pulak sekarang ni kalau pergi MPH ke Kinokinuya ke semua pun dah penuh ngan orang melayu ni. Bagusla tu, banyak kelebihan suka membaca ni. Contohnya, sekurang2nya aku baca buku lepak kat rumah je, bukan pergi mancing tinggal anak bini semalaman cam sebahagian suami lain. Kira untungla bini aku tu yg kadang2 cam tak puas ati je bila tengok aku baca buku masa dia sapu lantai atau basuh pinggan atau lipat baju atau anak2 tengah melalak2, at least ada depan mata, kalau ada emergency tak susah2 cari laki kat mana, awek2 lain pun takde can nak mengorat aku.
Anyway, inilah sebahagian photo yg aku amik kat PWTC hari ni.
Posted by Adam Tajuddin at 4:45 PM 0 comments
Thursday, April 16, 2009
Cis!! Hanjing!! Cis!! Cis!! Cis!!!!!!!!!
Posted by Adam Tajuddin at 8:23 PM 5 comments
Saturday, April 11, 2009
Another fun day + a promotion
Posted by Adam Tajuddin at 8:32 PM 1 comments
Friday, April 10, 2009
Kenangan lalu menjelma kembali
Sementara tunggu hujan berenti kat masjid lepas Jumaat tghari tadi, aku & friends duduk la borak2 kat masjid kat Taman Maluri tu. Tiba2 tenampak sorang yg aku pernah kenal rapat dulu tgh semayang sunat.
Alamak! terus aku ni terencat lak. Pakcik ni (& isterinya lah & familinya gak) dulu sangatla rapat ngan aku, tapi kami ni kira bercerai ngan masam2 muka gak la. Aku tak tau nak pegi tegur ke tak. Kalau tak tegur takut ralat lak nanti, lagipun benda2 yang dah lepas tu dah lama sangat dah, agaknye dak 10 taun lebih dah. Lagipun kalau nak bermaaf2an pun nilah masanya, tak tau bila lg bole jumpa. Tapi kalau aki pegi lepas tu dia wat tak taulak, nanti terguris balik hatiku yg sensitip ni.
Dulu2, aku bekawan baik la ngan satu anak jantan dia. Selalu la pi tido rumah dia, makan bekfast kat rumah dia, teman makciknye pegi pasar dsb. Dah cam anak banak dah rasanya. Pakcik ni ada sorang anak dara, cun gak la. Pastu agaknya diaorang ni suka la ngan kesopan santunan aku + kekacakan rupa paras + kesasaan tubuh macho aku jadi si makciknye pun kenen-kenenla aku ngan awek ni. Bukan takat hint2 je, siap bagi tiket wayang lagi tu, untuk aku pi tengok ngan awek tu.
Bukan takat tu je, pakcik makcik ni pun ada la jugak bagi bantuan2 lain kat aku, kadang2 beli kain baju, siap pakcik tu drive dari Keramat ke opis aku kat Bukit Bintang antar makanan kalau ada diaorang masak yg best2 skit. Ada gak sponsor aku sikit2 masa aku tengah sesak. kalau sakit demam aku merekalah yg telebih kelem kabutnya, padahal aku OK je.
Aku ni plak, nak kata lurus ke, bodo ke apa ke tak taula. Orag bagi aku amik je. Tengah2 sesak dulu kalau ada derma & sedekah ni memang la dialu2kan. Tapi aku ni anggap mereka tu cam keluarga angkat la kira. Anak dara yg dioffer kat aku tu, walaupun ayu jelita, jenis yg aku takleh terima nak wat bini. Sebab, aku ni budak kg, cara aku bepikir cara org kg kat ganu pikir. Bukan aku je, mak aku pun gerenti tak terima jadi menantunye kalau aku pilih awek yg pakai skirt pegi shoping, yg pakai suar pendek je gi joging, yg pakai baju kurung hari raya & hari jumaat je. Tu belum masuk bagian lain, cam pebezaan lifestyle & pemikiran. Bukannya mereka tu org kaya sgt, biasa2 je la tapi moden sikit la, maklumla orang KL punye style kot, haha.
Aku cakapla ngan kawan aku supaya cakapla ngan bapak dia aku ni tak nak lebih dari tu. Nak bekawan biasa2 je. Lagipun dia tau aku ni jenis camana, explain la kat famili dia. Tapi kawan aku tu gelak je, "Alah, takde ape2lah tu" katanya. Tapi memang ada ape2 akhirnya.
Bila pakcik makcik tu tau aku tak beminat ngan anak dara dia. Diorang pun panggilla aku, kira nak ada heart to heart talk la. Aku pun cakapla aku ni tak ready lagi, ada benda2 aku nak buat sebelum aku nak bercouple2 ni. Huh, melenting org tua tu bedua. Tu belum lagi cakap pasal benda2 sensitif lagi tuh. Aku nak wat camner, dengar je la. Tapi adala kata2 yg mengguris perasaan dan hati nurani aku yg sampai la ni pun terasa tajam menikam lagi. Huh, rasa cam nak lempang je. Kalau tak sebab mak bapak aku ajar supaya respek org tua, aku blah tang tu je. Tapi sebab aku ni penuh adab sopan dan tattusila ketimuran, aku ni tunduk dan angguk2 je la.
Lepas tu takdela aku pegi rumah diorang, ngan kawan aku tu pun jarang jumpa sebab aku memang angin ngan dia. Sekali2 ada la dengar berita kawan aku tu dari jauh2. Pakcik makcik tu kira dah putus hubungan dah.
Singgala hari ni, bila last2 abis je pakcik tu semayang sunat aku terus bangun dan duk sebelah dia tapi tak berani gak nak tegur. Dia pusing tengok, pejam celik pejam celik dia tenung aku. Aku senyum cam poyo je. Sebenarnya aku tak tau nak cakap/wat ape2.
"Adam?" dia tanya. Aku angguk je, senyum. Terus dia peluk aku dan huhu, nangis tu. Aku pun terharu gak, tapi dalam kepala aku dok tepikir apala yg kawan2 aku dok pikir tengok aku berpeluk2an ngan pakcik tu. Malu pun ada sebab org tengok.
Tapi salah silap yg dah lebih sepulo taun tu habisla tadi. Benda lama. Orang pun semua dan move on dengan kehidupan masing2. Aku pun dah kawin beranak pinak dah, anak dara dia pun dah kawin dan dah bercerai dan bekawin dan becerai lagi dah. Pakcik tu cakap dia pun selalu la gak tingat kat aku (chewah, makin kembung perut gua!). Makcik pun ada gak sekali2 sebut pasal aku. Selepas update serba sedikit pasal masing2 aku pun tak kena balik opis sebab huja n dan benti, kawan aku pun asyik jeling2 je, tanda dah bengang tunggu la tuh!
On the way balik member aku tanya sape pakcik tuh, aku cakap - pak mentua tak jadi, hehe. Pakcik tu jemputla gak aku pegi rumah dia kalau ada kelapangan, aku angguk je tapi ntahlah, mungkin belum sampai masa lagi kot. Bukan bedendam ke atau sakit ati lagi, tapi aku nak lupakan benda2 yg dah lepas ni. Memang banyak terutang (budi & harta) ngan mereka dan kata2 yg mengguris aku tu pun banyak mengajar erti kehidupan tapi hidup ni harus pandang ke depan bukan ke belakang.
Posted by Adam Tajuddin at 9:37 PM 3 comments
Tuesday, April 7, 2009
70 - 2 = 68.
Posted by Adam Tajuddin at 9:31 PM 4 comments
Thursday, April 2, 2009
Anak + Bapak VS Cikgu
Ini satu kisah yg mungkin menarikla kepada sesiapa yang berkenaan (maksudnya ramaila orang yg di keliling aku ni, yang kebanyakanya cikgu cikgi tuh). Kisahnya begini :
BAGIAN i
Pada bulan Januari dulu, ada sorang kawan aku kena panggil ke sekolah anak dia (lelaki, Form 2 tahun ni) sebab budak tu dituduh selalu ponteng sekolah dan merokok kat sekolah. Wah bukan main marah lagi kawan aku ni, bukan ngan anak dia, tapi ngan cikgu tu.
"Aku taula anak aku, bini aku yg hantar anak2 ke sekolah, dia tengok ngan mata kepala sendiri anak aku masuk kawasan sekolah. Mana ada ponteng sekolah. Kalau anak aku keluar waktu sekolah, itu salah pihak sekolah sebab tak tau jaga murid kat sekolah. Pastu kalau anak aku hisap rokok pun, apa masalah sekolah? Bukan kacau orang pun. Kalau anak aku hisap rokok, mesti ada lekat busuk dia, aku tak bau pun. Cuma dia lepak ngan budak2 hisap rokok je, apa yang salah pun. Yang cikgu tu tak reti nak cek budak2 bawak rokok kat sekolah apahal? Kerja sejam dua sehari pun tak boleh nak tengok budak2? Bukannya diaorang tu ada kelas sepanjang hari.." Begitu panjang lebar kawan aku tu marah2 ngan cikgu anak dia. Aku ngan dua tiga lagi member yang dengar tu pun gelak je, malas nak komen, nanti lagi panjang cerita. Bab waktu kerja cikgu tu pun aku nak cakap apa2, nanti terkecik lak hati bini pujaan hatiku yang kadang2 balik kul 4 -5 petang tu, hehe.. (biasala tu, gurau manja laki bini, ye tak wife). Untuk makluman, kawan aku ni tak hisap rokok pun, pastu memang marah kalau ada orang hisap rokok sebelah dia. Habis la bagian tu kat situ..
BAGIAN ii
Hari Isnin pertama lepas cuti baru ni, tengah lunch ngan aku & member2 kat kedai mamak, tiba2 kawan aku tu dapat panggilan daripada cikgu anak dia. Katanya anak dia yang sopan santun tu kena tangkap sebab bawak vcd lucah kat sekolah. Wah, melenting gila la kawan aku tu. Terus ambik time off pegi sekolah anak dia.
"Anak aku tu baru Form 2, kencing pun bercabang lagi tau. Budak tu mana reti pasal benda2 jantan betina ni.Ada budak letak dalam beg dia. Kau taulah budak2 ni, saja nak kenakan kawan2 yang nampak baik2 ni. Tapi kalau ye pun, biasala budak2 jantan ni, bukan rogol orang pun." cerita kawan aku esoknya. "Anak aku rasa cikgu dia yang kena marah ngan aku dulu saja dengki nak kenakan dia. Saja nak rosakan rekod anak aku. Anak aku tu, semayang pun tak pernah tinggal tau. Takkan la aku tak kenal anak aku sendiri". sambungnya.
Punyalah marah kawan aku tu, petang tu sanggup ambik time off lagi nak pergi tunggu cikgu kawan dia kat luar sekolah ngan kawan2 dia. Bertumbuk2 manja gak la katanya dia ngan cikgu tu.
"Biar dia tau la ngan siapa dia nak main ni. Ingat aku ni bodoh sangatla, ikut bodoh je cakap dia." kata kawan aku yg pastu ada la luka sikit kat telinga dia. "Menggigil lutut cikgu tu tengok kitaorang, kecut telur, haha.., yang aku tak puas hati si pengetua dia siap ugut2 nak report polis lak tu. Dia tak ingat aku pun boleh buat report. Bukan dalam kawasan sekolah pun. Dalam sekolah takleh jaga kat luar lak dia sibuk." Merah padam muka kawan aku tu.
Aku malas nak komen, tapi kat belakang dia kawan yg lain tanya, "Kau ingat anak dia punya ke atau kena khianat ngan kawan dia?". Aku jawab "Aku rasa ye." Kawan aku pun angguk, "Bapak dia je yg blur, kot" katanya.
BAGIAN iii
Semalam April Fool, kawan aku datang ofis tapi pastu tak sedap badan jadi pergi ambik MC dan balik rumah. Pagi ni, tak datang kerja. Sakit lagi la tu agaknya. Aku pun sibuk ngan meeting hari ni, tapi nak balik tadi ada kawan aku panggil.
"Kau dengar tak apa jadi ngan anak kawan kita tu?" tanya kawan aku. "Apa hal lak?" tanya aku balik.
Rupa-rupanya semalam masa kawan aku balik rumah, dia sendiri dah tertangkap anak dia yang sopan santun dan mulia tu ponteng sekolah dok dalam bilik kawan aku tu ngan budak perempuan, bukan sorang je, dua orang awek tu.. dahla ponteng sekolah, buat maksiat kat dalam bilik mak bapak dia lak tu....
Aku tak nak komen, tapi agaknya betulla salah cikgu kot, sebab korang tau bini kawan aku tu kerja apa? CIKGU SEKOLAH gak beb..
Hmm, tu lah ceritanya.. selanjutnya kenalah aku buat kajian lagi besok. Malas nak komen, sebab aku pun bapak orang gak, bini aku pun cikgu, adik kakak ipar duai aku pun cikgu cikgi. Harap2 dijauhkan Allah benda2 camni.. Nauzubillah...
Posted by Adam Tajuddin at 7:46 PM 3 comments
Wednesday, April 1, 2009
Bye bye 'last year'
The most pressured month for my company's financial year ended yesterday. Management expectation was high as the month's result will make sure that we hit (or did not hit) the year's financial target for my department. And we did it, with huge deficit. That with some hiccups during the final week that resulted in the management querried on my leadership style and quality and put tremendous pressure on me, and me putting unnecessary pressure on my staff for problems that was due to wrong reporting by other unit. How would you feel to have your ability openly questioned by management because other team had failed to give correct report (at that time I was not aware of the wrong reporting, that saw huge amount of my collection unreported and was really upset. I had no way to explain to my bosses and in the end reacted negatively to my staff). However I knew how my staff works and what they were capable of. So I got (forced) them to work extra hours and on weekend to manually check the result instead of relying on the other team report. True enough, my staff did a lot better than reported. And not a word said by my bosses when the official result came out today. Not an apology for unjust judgement before (not expected but highly appreciated if ever materialise) or at least an aknowledgement for job well done (also not expected). Life goes on... and I owe my staff lunch.
These few weeks I'll be busy with presentation and planning for new financial year. A new cycle awaits..
Ciao!
Posted by Adam Tajuddin at 8:27 PM 0 comments