CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 11, 2009

Another fun day + a promotion

Since my wife kerja hari ni, I took the girls to the playground at Taman Tasik Permaisuri, the best playground in KL sebab banyak pokok, so teduh la sikit, tengahari panas buta pun budak2 tu boleh main lagi.
Sebelum pergi main, makan roti canai kat kedai mamak dulu. Kesian my bini penat bangun pagi2 buta goreng mi sebelum pegi sekolah tapi si Hannah taknak makan sebab nak roti canai jugak. Abis la satu keping roti canai tu. Patutnya nak pergi ke Restoran Kampung Pandan Dalam kat Pandan Indah tu, tapi dah kul 10 lebih tu mesti dah abis roti canai dia yg lembut & sedap tu, so aku bawak pegi ke d'Klasik je lah, tapi memangla tak sedap roti canai dia. Aku makan tak abis pun, tapi si Hannah ni abis lak sekeping.
Adik Sarah kan main seronok main, budak2 lain pun tak ramai sebab dah tengahari, so sedapla budak berdua tu lari kesana kemari, pening kepala gak nak tengok yg mana satu sebab adik lari ke kanan, kakak lari ke kiri lak.

Kakak Hannah pun tersengih2 tergelak2 je sebab dia boleh concur playground tu sebab budak2 lain tak ramai. Aku nak ambik gambar banyak2 tapi tak ada peluang sebab nak kena perhati kedua2nya sekali. Pastu dua2 bukan nak main benda yg sama, adik main kat slide kakak nak naik swing, kakak nak main slide adik lak nak lari sana sini.

As always, mesti makan ais krim dulu masa rehat. Kakak bengang je sebab pakcik aiskrim tu lambat bagi aiskrim dia.

Tengah2 makan aiskrim tu, datangla si kupu2 ke rama2 kecik ni datang hinggap kat atas kepala kakak Hannah lak, pastu hinggap kat pala adik Sarah pastu terbang kat abah lak. Memang seronokla budak2 ni kejar2 kupu2 ni. Yg bestnye, dia kejap2 terbang lari, pastu datang balik. Mengekek2 adik Sarah dibuatnya.

Adik Sarah selepas kegiatan makan aiskrim, abis comot dari dahi sampai ke betis. Datang satu makcik tu cakap "eee, cutenye cutenye comot2 ni, geram nak cubit2 je".

Pastu datang pegawai penguatkuasa DBKL naik kuda. Sukala budak2 ni menengoknya tapi takut nak pergi dekat, melambai2 dari jauh je. Yang tak syoknya budak2 dok melambai2 dan jerit2 "babai horse, babai horse" pegawai penguatkuasa tu dok buat tak reti je. Apala salahnya humourkan budak2 ni dengan senyum ke, lambai balik ke barula mesra rakyat sikit.

Penat sangat agaknya adik Sarah ni, belum keluar simpang HUKM lagi tiba2 aku tengok dia dah lentok dah, siap tekangkang2 lagi tu.

Kakak Hannah lak tewas kat simpang Shamelin, sibuk2 nyanyi tiba2 senyap je. Aku pusing belakang masa berenti kat traffic light tengok dia dah selamat dah, hehe.
Petang aku pergi hantar laptop yg dah rosak sebulan lebih kat rumah member aku suruh dia tengok2kan. Member aku ni la tempat rujukan IT aku. Rosak je mesti hantar kat dia lah. Tak pernah bayar lak tu. Setakat terima kasih je. Sebab hari ni ada banyak masa aku bawak la dia ke Noodle Station kepunyaan colleaque aku kat Danau Kota tu. Aku pun dah janji ngan colleaque aku tu untuk promote kafe dia ni. Best tau tempat ni, ada dekat 50 jenis cara masakan noodle dia. Ada la gak masakan2 timur dan barat kat sini, hari tu aku makan chicken chop dia, memang top class lah. Ada free wi-fi lak tu. Cuma parking susah sikit la, tapi ada parking kat basement atau blok belakang, cuma kena jalan sikit la.
Aku ingat nak dok kat dalam, teduh sikit sebab ada air-cond, tapi sebab kawan aku tu nak hisap rokok tepaksala dok kat luar je, ala2 alfresco gitu. Tapi yg tak syok dok luar ni kat situ ramai betul org pergi solicit derma masa tengah makan ni. Adala kat 3-4 orang tadi, tak termasuk yg jual vcd/dvd lagi tu.
Apa ke nama dah ni lupa lak, tapi member aku tu suka kaki ayam. Ha, tu kaki ayam la yg tiga ketul tu, tg hitam2 tu cendawan. Katanya sangatla best noodle ni, nanti dia nak bawak member2 dia lepak sini lain kali, dekat je ngan rumah dia kat Setapak Jaya tu.

Ni pulak yg aku makan, nama pun dah lupa gak tapi something TomYam la. Best tapi portion cam sikit la, ataupun best sangat sampai rasa tak cukup, hehe.

Member aku tengah makan lagi noodle yg dibayar oleh aku tu. Nasib baik kat Noodle Station ni price dia memang tersangat resonablenya. Aku makan dua orang pun RM25 je, termasuk drink la tu. Bowl yg dah kosong tu aku punyala, cepat je abis sebab portion sikit.
Ciao!

1 comments:

hannahsarah said...

Hmm ...nyamm...nyammmm. Apa lagi tak reti2 bawa bini lak g sana? hehe..