CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 19, 2009

KL International Book Fair

Last Sunday nak pergi PIKOM Fair kat KL Convention Centre kat KLCC tu tapi tak jadi sebab hujan lebat petang tu, lama sampai ke malam lak tuh. So hari ni pagi2 lagi kami dah keluar pergi KL International Book Fair kat PWTC.

Aku ni memang gila kalau ngan buku2 ni. Masa aku muda remaja dulu, aku malu gak nak ngaku hobi mengisi masa lapang aku membaca buku sebab takut tak macho & skema sangat la kononnya. Orang melayu kita ni dulu memang la sangat2 tak baca buku. Kalau ada pun awek2 je. Sempat gakla aku berkenalan ngan dua tiga orang dulu, hehe. Tapi tak bawak kemana pun, abis kat kedai buku tu je. Kira hobi baca buku ni untuk yg nerd aje la. Tapi bila proses penuaan dah berlaku ni, aku rasa banggalah plak bila orang tau aku ni suka membaca. Member2 aku yang jantan2 tu pun takdela memandang serong pun kalau tengok aku kelek buku. Lagi pulak sekarang ni kalau pergi MPH ke Kinokinuya ke semua pun dah penuh ngan orang melayu ni. Bagusla tu, banyak kelebihan suka membaca ni. Contohnya, sekurang2nya aku baca buku lepak kat rumah je, bukan pergi mancing tinggal anak bini semalaman cam sebahagian suami lain. Kira untungla bini aku tu yg kadang2 cam tak puas ati je bila tengok aku baca buku masa dia sapu lantai atau basuh pinggan atau lipat baju atau anak2 tengah melalak2, at least ada depan mata, kalau ada emergency tak susah2 cari laki kat mana, awek2 lain pun takde can nak mengorat aku.

Anyway, inilah sebahagian photo yg aku amik kat PWTC hari ni.

Sebahagian orang ramai yg berkeliaran kat sana. Fair ni memang besar2an lah jugak. Banyak bilik dari ruang legar sampai ke tingkat 2 di'concur'nya. Siapa2 yg suka buku2 ilmiah, buku agama, novel2 melayu atau buku2 kanak2 memang patutlah pergi ke sana. Fair ni berlangsung sampai 26/4/09 ni.
Sebahagian lagi orang ramai yg berpusu2 masuk ke salah sebuah bilik pameran. Aku bab org2 ramai yg bersesak2 ni yg potong stim nih. Susah nak belek2 buku sambil nak tengok budak2 berdua tu lagi. Aku terus takde mood nak tengok lama2, satu buku untuk aku pun tak beli, untuk bini & anak ada la.

Dalam sesak2 tu, sempat lagi bini ake berposing. Kalau dah jantinanya perempuan tu, buku2 masakan lah yang diterkamnya. Pastu bini aku ni suka gak buku2 panduan & pedoman hidup ni, maklumla cikgu. Hari tu ada bini aku beli buku Travelog Haji untuk aku, tapi belum sempat baca lagi sebab aku ada dua buku lagi dalam queue. Habis buku Child 44 & The Gift of Rain ni abang baca la Travelog Haji tu ye, yang, bukan tak hargai tapi ikut peraturan, hehe.

Hannah tengah browse buku2. Kalau adala perangai aku yang turun kat anak2 aku harap minat suka membaca ni salah satunyalah. Setakat sekarang ni dia suka la belek2 buku yg aku beli untuk dia. Tadi dia cari buku Barbie tapi takde, nasib baik berjaya divert perhatian dia kat benda2 lain. Tuh dalam plastik orange dia pegang tu CD lagu kanak2 aku beli kat gerai DBP supaya dia tak teringat kat Barbie la tu.

Lapar + penat + bosan. Lepak kat tangga je sementara ibunya menyusukan adik sebab tempat lain semua dah penuh, takde tempat duduk.

Tapi akhirnya ceria semula sebab abah dah beli aiskrim..

Kat ruang legar dia adalah persembahan2 untuk menghiburkan orang ramai semua.

Apa significantnya budak2 cheerleaders ni dengan pameran buku aku pun tak tau. Tapi mungkin sebab salah satu penajanya adalah Celcom XPax. Agaknya nak menarik budak2 mudala tu. Walau bagaimanapun aku tetap gak rasa cam tak bersesuaianlah, cam sambutan tahun baru lak.

Inilak persembahan lagu2 puisi dari budak2 UPSI. Dah nama pun UPSI, persembahan diorang ni pasal guru2 lah semuanya. 'Cam sambutan hari gurulak' kata bini aku yang juga seorang cikgu tu. Tapi yg lelaki bersampin tu suara dia cam perempuan la pulak. Hmmm.. cikgu? Yang menyayi pakai baju kadazan tu plak, taknak share mikrofon ngan awek pakai baju kurung tuh, sian awek baju kurung ek, suara orang tak dengar pun.

Sian Hannah, panjang tengkuk nak tengok show, maklumla yg kat depan semua kepala besar2. Harap2 pasni jinjangla leher anak aku, takdela cam leher bapak dia yg makin tenggelam tu (tapi akan timbul semula menjelang Hari Raya nanti).

Akhirnya balik rumah budak2 sibuk main ngan belon yg dibeli dari PWTC tu. Diorang memang suka main belon pun. Semalam pun dapat banyak belon masa pergi Hi-Tea kat KDE sempena satu majlis anjuran kelab guru sekolah bini aku, tapi dua dah pecah kena kipas, hehe.
Minggu depan nak pegi pameran dinasour kat Mid Valley lak, minggu lagi sekali Homedec lak kat KLCC. Tu yg best duduk kat KL ni, ada je benda2 menarik nak buat bila weekend. Lagi banyak boleh buat kalau my bini tak kena kerja pada hari Sabtu lagi, hehe (walau bagaimanapun aku meredhai dan merestui sepenuhnya kerja2 bini aku pada masa orang lain cuti tu, dah kita makan gaji, nak wat camne kan?).
Bye.

0 comments: