CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 24, 2009

Che

Dialah lelaki yang paling aku sayangi, paling aku kasihi. Dia idola, sumber inspirasiku. Dia ialah "Che". Itulah panggilan kami untuknya, bapa kami.


Che meninggal semasa aku 14 tahun. Aku tinggal di asrama masa tu, apabila Pak Weil (sekarang arwah) dan kakak aku datang untuk bawak aku pergi Hospital Besar Kuala Terengganu (sekarang Hospital Nur Zahirah) kerana Che terlibat dalam kemalangan dan dibawa ke sana. Sampai di hospital, jiran aku Maksu Cik & Makngak Che Timah (kedua2nya pun kini arwah) datang peluk aku sambil menangis2. Che meninggal dalam perjalanan ke hospital.


Itu ialah hari Rabu, genap 24 tahun lalu pada hari ini.


Che ialah seorang bapa yang istimewa. Tak cakap banyak, sentiasa tenang dan jarang marah. Che menyemai minat suka membaca dalam diri aku. Selalu Che beli majalah Dewan Pelajar (payah nak jumpa, selain kat kedai2 yang jual majalah DBP je) atau Bujal (takde kat pasaran lagi dah) tapi memang pantang kalau kami baca majalah2 yang "tak berfaedah" macam URTV atau Variapop (tak tau kalau ada lagi sekarang). Che suka baca buku2 & majalah2 agama dalam tulisan jawi (salah satu sebab aku boleh baca jawi, member aku tak sangka tengok aku baca Utusan Melayu, heheh) dan kadang2 beli Mastika (masa tu Mastika masih lagi majalah ilmiah dan penuh pengetahuan, bukan penuh cerita2 hantu atau kisah2 maksiat muda mudi cam sekarang ni).


Che juga imam kat surau dekat rumah kami. Tiap2 petang masa budak2 lain masih bermain aku dah kena ikut Che pergi surau bentang sejadah dan sebagainya. Pastu paling lambat balik, lipat sejadah dan tutup lampu lepas orang lain semua dah balik. Che (dan Mak) adalah guru mengaji Quran aku tapi aku lebih suka mengaji dengan Che sebab Mak garang sikit, silap sikit je dah kena cubit dan pulas telinga, selalu lak tu. Che pulak , suara dia tinggi sikit anak2 dan mengaji dalam air mata, tapi jarang2 je.


Kalau ada masa lapang, Che bawak aku pergi lepak kedai Raja Nab, tempat yang paling happening kat kampung aku masa tu, sekarang dah tak beroperasi lagi. Sambil baca suratkhabar (Utusan Melayu, of course) Che akan minum teh dari cawan dan tuang sebahagian untuk aku minum dalam piring. Bila aku teringatkan Che, itulah yang paling aku ingat. Duduk atas bangku kayu, Che minum dari cawan sambil baca suratkhabar dan aku minum dari piring. Tak tau kenapa, itulah yang paling aku ingat, yang paling menyentuh perasaan, rasa syahdu sangat bila ingat minum satu cawan teh (Che dalam cawan, aku dalam piring) bersama2. Hari tu aku bila aku tengok seorang budak tiup2 minuman dalam piring untuk sejukkannya kat kedai mamak, rasa cam nak nangis je. Sebab dulu Che selalu tiup teh dalam piring sebelum aku minum.


Kadang2 Che bawak anak2 pergi ke bukit (ladang). Ada masa aku naik motor ngan Che, kadang2 jalan kaki ngan Mak dan kakak2 aku. Pernah sekali jatuh motor ngan Che masa pergi bukit. Che suruh aku janji takkan cakap ngan Mak (mungkin takut Mak bising kot, maklumlah anak jantan sorang). Aku tak cakap pun tapi akhirnya Mak tau gak. Bila teringat mesti aku rasa nak tergelak je.
Tapi Che sensitif orangnya.Mudah mengalir air mata bila terharu. Bila kakak aku dapat masuk MRSM, atau aku terpilih ke sekolah berasrama penuh, menitis air mata Che. Bagi orang kampung yang kurang berkemampuan macam kami, peluang macam tu adalah satu pencapaian besar. Che pernah naik motor je dari kampung (lebih kurang 60 km) hantar satu guni rambutan untuk aku kat sekolah, untuk makan ngan kawan2. Bila sekolah di sekolah2 macam tu, dan budak2 selalu membanding2kan keluarga masing2, aku terasa gak la kekurangannya. Tetapi bila dah dewasa ni baru aku memahami dan mengkagumi niat dan kesungguhan Che.
Pengorbanan Che tidak terkira nilainya. Sedikit pun tak mungkin dapat aku balas.Ketika Che meninggal, aku tak rasa sangat kehilangannya. Biasa2 je. Tapi bila dah makin dewasa barulah aku raai ketiadaannya. Kali pertama aku betul2 menangisi Che iala apabila aku mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan perlu membuat keputusan arah hidup seterusnya, apabila kekurangan duit membataskan pilihan yang ada, apabila Mak terpaka berhutang sana sini demi anak2, apabila sebagai anak lelaki, baru aku tersedar tanggung jawab hidup.
Setelah berkahwin dan mempunyai bapa mertua, aku makin rindu pula pada Che. Apabila melihat Abah (bapa mertua aku tu) bersama anak2 aku terbayang2 pula seandainya Che masih ada, bagaimanala agaknya kami berinteraksi, Che dengan anak2nya yang dah besar2 dan berkeluarga sendiri. Kawan2 bawa bapa pergi hospital pun aku rasa terkilan.
Sekarang aku pun dah jadi abah pada anak2 aku barulah aku lebih menghargai Che. Baru aku faham perasaan, tekanan, kesusahan, kebimbangan seorang bapa. Tahu juga keseronokan, kegembiraan dan kebahagian menjadi ayah. Aku tidak mungkin boleh menjadi bapa sebaik Che, tapi kalau aku ada separuh kebaikan Che pun anak2 aku dah cukup beruntung.
Mungkin kehidupann dan keputusan2 yang aku buat dalam hidup akan berbeza sekiranya Che masih ada. Qada dan Qadar Allah sudah ditentukan, aku tidak terkilan dengan keputusan 2 dan cara hidup yang aku pilih setakat ini dan kalau Che masih ada pun, dia pasti akan berbangga dengan pencapaian2 aku selama ini (walaupun tidak sebesar mana pun). Cuma kalau Che ada, mungkin akan lebih bermakna lagi.
Untuk Che, Al Fatihah.

8 comments:

amiechomel said...

Alfatihah. I didn't have that much memory with him as you do, but in my 7 years of life with him, i know more than enough that he was a very special man. Moga-moga kita turut mewarisi sifat2 baik arwah Cik...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AdamTajuddin said...

InsyaAllah

Unknown said...

I never got to know my father-in-law. Even though he had been gone a long time ago, I can tell that he was a great father. The values and wisdom that he had inculcated in his children live forever. I just want you to know that he had built up a strong foundation in all his children to meet the challenges in the future. I'm proud to be the son-in-law he never got to know. Al-Fatihah to Che.

4-a&nazrah said...

i'm ..............oh, i don't know what to say................... i miss him very much........


(lambat baca enry ni, line telefon baru ok lepas kena petir hari jumaat baru ni, so baru blh online)

amiechomel said...

there were tears in mom's eyes when I read this entry to her. I know that she misses Che more than we do.

Anyway, lepas baca this entry, kitorang (me, mak and Za) borak2 mengimbau kenangan silam dgn arwah Che. Mak kata, you je yg ada pengalaman minum air secawan dgn Che kat kedai Raja Nab, sebab anak2 pompuan manala Che nak bawak gi kedai... Za pun byk cerita cuma dia tak larat nak update blog...

Adam Tajuddin said...

I guess that's why la a very simple thing such as minum teh secawan could have such an effect on me. Hmm, make me wonder if my children would ever remember going to Mamak stall for roti canai with me when they grew up.

Unknown said...

Pembetulan: I pun pernah minum teh dgn che kat kedai Raja Nab tu masa nak gi klinik. Byk kali basikal yg che kayuh terbalik depan kedai Raja Nab tu, maklumlah jalan tu kan berbukit. Basikal dulu-dulu bukan ada gear. I duduk atas kerusi rotan yg che letak atas palang basikal. Kalau che tak larat kayuh, dia tuntun basikal tu..tapi I still duk atas kerusi rotan tu. Semuanya jadi sgt sentimental skrg!