CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 10, 2009

Kenangan lalu menjelma kembali

Sementara tunggu hujan berenti kat masjid lepas Jumaat tghari tadi, aku & friends duduk la borak2 kat masjid kat Taman Maluri tu. Tiba2 tenampak sorang yg aku pernah kenal rapat dulu tgh semayang sunat.

Alamak! terus aku ni terencat lak. Pakcik ni (& isterinya lah & familinya gak) dulu sangatla rapat ngan aku, tapi kami ni kira bercerai ngan masam2 muka gak la. Aku tak tau nak pegi tegur ke tak. Kalau tak tegur takut ralat lak nanti, lagipun benda2 yang dah lepas tu dah lama sangat dah, agaknye dak 10 taun lebih dah. Lagipun kalau nak bermaaf2an pun nilah masanya, tak tau bila lg bole jumpa. Tapi kalau aki pegi lepas tu dia wat tak taulak, nanti terguris balik hatiku yg sensitip ni.

Dulu2, aku bekawan baik la ngan satu anak jantan dia. Selalu la pi tido rumah dia, makan bekfast kat rumah dia, teman makciknye pegi pasar dsb. Dah cam anak banak dah rasanya. Pakcik ni ada sorang anak dara, cun gak la. Pastu agaknya diaorang ni suka la ngan kesopan santunan aku + kekacakan rupa paras + kesasaan tubuh macho aku jadi si makciknye pun kenen-kenenla aku ngan awek ni. Bukan takat hint2 je, siap bagi tiket wayang lagi tu, untuk aku pi tengok ngan awek tu.

Bukan takat tu je, pakcik makcik ni pun ada la jugak bagi bantuan2 lain kat aku, kadang2 beli kain baju, siap pakcik tu drive dari Keramat ke opis aku kat Bukit Bintang antar makanan kalau ada diaorang masak yg best2 skit. Ada gak sponsor aku sikit2 masa aku tengah sesak. kalau sakit demam aku merekalah yg telebih kelem kabutnya, padahal aku OK je.

Aku ni plak, nak kata lurus ke, bodo ke apa ke tak taula. Orag bagi aku amik je. Tengah2 sesak dulu kalau ada derma & sedekah ni memang la dialu2kan. Tapi aku ni anggap mereka tu cam keluarga angkat la kira. Anak dara yg dioffer kat aku tu, walaupun ayu jelita, jenis yg aku takleh terima nak wat bini. Sebab, aku ni budak kg, cara aku bepikir cara org kg kat ganu pikir. Bukan aku je, mak aku pun gerenti tak terima jadi menantunye kalau aku pilih awek yg pakai skirt pegi shoping, yg pakai suar pendek je gi joging, yg pakai baju kurung hari raya & hari jumaat je. Tu belum masuk bagian lain, cam pebezaan lifestyle & pemikiran. Bukannya mereka tu org kaya sgt, biasa2 je la tapi moden sikit la, maklumla orang KL punye style kot, haha.

Aku cakapla ngan kawan aku supaya cakapla ngan bapak dia aku ni tak nak lebih dari tu. Nak bekawan biasa2 je. Lagipun dia tau aku ni jenis camana, explain la kat famili dia. Tapi kawan aku tu gelak je, "Alah, takde ape2lah tu" katanya. Tapi memang ada ape2 akhirnya.

Bila pakcik makcik tu tau aku tak beminat ngan anak dara dia. Diorang pun panggilla aku, kira nak ada heart to heart talk la. Aku pun cakapla aku ni tak ready lagi, ada benda2 aku nak buat sebelum aku nak bercouple2 ni. Huh, melenting org tua tu bedua. Tu belum lagi cakap pasal benda2 sensitif lagi tuh. Aku nak wat camner, dengar je la. Tapi adala kata2 yg mengguris perasaan dan hati nurani aku yg sampai la ni pun terasa tajam menikam lagi. Huh, rasa cam nak lempang je. Kalau tak sebab mak bapak aku ajar supaya respek org tua, aku blah tang tu je. Tapi sebab aku ni penuh adab sopan dan tattusila ketimuran, aku ni tunduk dan angguk2 je la.

Lepas tu takdela aku pegi rumah diorang, ngan kawan aku tu pun jarang jumpa sebab aku memang angin ngan dia. Sekali2 ada la dengar berita kawan aku tu dari jauh2. Pakcik makcik tu kira dah putus hubungan dah.

Singgala hari ni, bila last2 abis je pakcik tu semayang sunat aku terus bangun dan duk sebelah dia tapi tak berani gak nak tegur. Dia pusing tengok, pejam celik pejam celik dia tenung aku. Aku senyum cam poyo je. Sebenarnya aku tak tau nak cakap/wat ape2.

"Adam?" dia tanya. Aku angguk je, senyum. Terus dia peluk aku dan huhu, nangis tu. Aku pun terharu gak, tapi dalam kepala aku dok tepikir apala yg kawan2 aku dok pikir tengok aku berpeluk2an ngan pakcik tu. Malu pun ada sebab org tengok.

Tapi salah silap yg dah lebih sepulo taun tu habisla tadi. Benda lama. Orang pun semua dan move on dengan kehidupan masing2. Aku pun dah kawin beranak pinak dah, anak dara dia pun dah kawin dan dah bercerai dan bekawin dan becerai lagi dah. Pakcik tu cakap dia pun selalu la gak tingat kat aku (chewah, makin kembung perut gua!). Makcik pun ada gak sekali2 sebut pasal aku. Selepas update serba sedikit pasal masing2 aku pun tak kena balik opis sebab huja n dan benti, kawan aku pun asyik jeling2 je, tanda dah bengang tunggu la tuh!

On the way balik member aku tanya sape pakcik tuh, aku cakap - pak mentua tak jadi, hehe. Pakcik tu jemputla gak aku pegi rumah dia kalau ada kelapangan, aku angguk je tapi ntahlah, mungkin belum sampai masa lagi kot. Bukan bedendam ke atau sakit ati lagi, tapi aku nak lupakan benda2 yg dah lepas ni. Memang banyak terutang (budi & harta) ngan mereka dan kata2 yg mengguris aku tu pun banyak mengajar erti kehidupan tapi hidup ni harus pandang ke depan bukan ke belakang.

3 comments:

amiechomel said...

ntah kenapa i rasa sebak pulak baca your post kali ni. mungkin ada perasaan terkilan yang tersimpan dlm hati pak cik tu kan. apa2 pun, i'm so proud of u sebab berani pegi approach pak cik tu. Bravo!!!

4-a&nazrah said...

i tak tahu pun u ada kisah melodrama cam ni (atau i memang jenis tak ambik tahu, atau i tak diberitahu sebab masa tu i muda remaja lagi....), anyway, life goes on...tahniah, berani kerana benar...haha

Anonymous said...

machoo.man .bravoo.dapat mengekalkan adat ketimuran.menarik gak storini.