CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 26, 2009

Bakcyard Monsters & Dinosaurs Exhibition.

We had fun at Backyard Monsters and Dinosaurs Exhibition at Mid Valley today. Here are some photos from the outing.

Posing dulu at the entrance to the exhibition. Semua pun very excited ni tak sabar nak masuk. Don't let the children sour faces fools you, budak2 tu rarely senyum pun kalau ambik gambar ni. Kalau nak tengok senyum kena ambik candid la.

Tapi masuk2 je budak2 tu takutlak tengok the exhibits yang besar2 tu. Hannah takut nak tengok scorpion yang besar dengan sengat dia turun naik tu.

Takut lagi ngan praying mantis ni, sebab kepala, lidah dan tangan dia pun bergerak2.

Ibunya gembira je walaupun anaknya takut kena baham ngan T-Rex tu.

Dah kurang takut dah, tapi kena tengok dari jauh je, tak berani pergi dekat lagi.

Tapi yang ini kakak berani la, contoh bagaimana serangga2 ni bekerja.

Bergambar ngan anak dinosaur pun seram, beb.

Ni ngan specimens rama2 lak.

Depan Hannah tu sample kutu kat badan haiwan peliharaan, yang hitam mencacak2 tu rambutla. Belakang tu tarantula.

Dah dekat 1 jam baru tak takut ngan 'haiwan2' ni semua. Kakak cakap praying mantis ni suka angguk2 je, dalam kereta kakak dok ajuk2 je si mentadak mentadu ni.

Dah boleh posing ngan dinosaur dah, tapi apa species dah lupalak.

Adik dan Ibu ngan dinosaur, triceratop ke apa ntah namanya.

Kakak's favourite exhibit carpenter ant a.k.a 'ant besar' to us. Dah keluar pun dia nak masuk balik tengok 'ant besar', jenuh jugalah memujuknya.

"Ngape ant tu bottom dia kena ikat, abah?" tanya Hannah kat exhibit spider dalam web dia ni.



Exhibition ni berlangsung sampai 17/5/2009 ni. Siapa2 ada anak2 tu, especially yang dah mask tadika atau sekolah rendah tu eloklah bawak pergi, very informative and interesting. Anak2 aku ni kecik lagi jadi kurang paham la sikit. Entrance fee RM12 for adult & RM8 for children from 5 - 12. Below 5 masuk percuma je.

Friday, April 24, 2009

Che

Dialah lelaki yang paling aku sayangi, paling aku kasihi. Dia idola, sumber inspirasiku. Dia ialah "Che". Itulah panggilan kami untuknya, bapa kami.


Che meninggal semasa aku 14 tahun. Aku tinggal di asrama masa tu, apabila Pak Weil (sekarang arwah) dan kakak aku datang untuk bawak aku pergi Hospital Besar Kuala Terengganu (sekarang Hospital Nur Zahirah) kerana Che terlibat dalam kemalangan dan dibawa ke sana. Sampai di hospital, jiran aku Maksu Cik & Makngak Che Timah (kedua2nya pun kini arwah) datang peluk aku sambil menangis2. Che meninggal dalam perjalanan ke hospital.


Itu ialah hari Rabu, genap 24 tahun lalu pada hari ini.


Che ialah seorang bapa yang istimewa. Tak cakap banyak, sentiasa tenang dan jarang marah. Che menyemai minat suka membaca dalam diri aku. Selalu Che beli majalah Dewan Pelajar (payah nak jumpa, selain kat kedai2 yang jual majalah DBP je) atau Bujal (takde kat pasaran lagi dah) tapi memang pantang kalau kami baca majalah2 yang "tak berfaedah" macam URTV atau Variapop (tak tau kalau ada lagi sekarang). Che suka baca buku2 & majalah2 agama dalam tulisan jawi (salah satu sebab aku boleh baca jawi, member aku tak sangka tengok aku baca Utusan Melayu, heheh) dan kadang2 beli Mastika (masa tu Mastika masih lagi majalah ilmiah dan penuh pengetahuan, bukan penuh cerita2 hantu atau kisah2 maksiat muda mudi cam sekarang ni).


Che juga imam kat surau dekat rumah kami. Tiap2 petang masa budak2 lain masih bermain aku dah kena ikut Che pergi surau bentang sejadah dan sebagainya. Pastu paling lambat balik, lipat sejadah dan tutup lampu lepas orang lain semua dah balik. Che (dan Mak) adalah guru mengaji Quran aku tapi aku lebih suka mengaji dengan Che sebab Mak garang sikit, silap sikit je dah kena cubit dan pulas telinga, selalu lak tu. Che pulak , suara dia tinggi sikit anak2 dan mengaji dalam air mata, tapi jarang2 je.


Kalau ada masa lapang, Che bawak aku pergi lepak kedai Raja Nab, tempat yang paling happening kat kampung aku masa tu, sekarang dah tak beroperasi lagi. Sambil baca suratkhabar (Utusan Melayu, of course) Che akan minum teh dari cawan dan tuang sebahagian untuk aku minum dalam piring. Bila aku teringatkan Che, itulah yang paling aku ingat. Duduk atas bangku kayu, Che minum dari cawan sambil baca suratkhabar dan aku minum dari piring. Tak tau kenapa, itulah yang paling aku ingat, yang paling menyentuh perasaan, rasa syahdu sangat bila ingat minum satu cawan teh (Che dalam cawan, aku dalam piring) bersama2. Hari tu aku bila aku tengok seorang budak tiup2 minuman dalam piring untuk sejukkannya kat kedai mamak, rasa cam nak nangis je. Sebab dulu Che selalu tiup teh dalam piring sebelum aku minum.


Kadang2 Che bawak anak2 pergi ke bukit (ladang). Ada masa aku naik motor ngan Che, kadang2 jalan kaki ngan Mak dan kakak2 aku. Pernah sekali jatuh motor ngan Che masa pergi bukit. Che suruh aku janji takkan cakap ngan Mak (mungkin takut Mak bising kot, maklumlah anak jantan sorang). Aku tak cakap pun tapi akhirnya Mak tau gak. Bila teringat mesti aku rasa nak tergelak je.
Tapi Che sensitif orangnya.Mudah mengalir air mata bila terharu. Bila kakak aku dapat masuk MRSM, atau aku terpilih ke sekolah berasrama penuh, menitis air mata Che. Bagi orang kampung yang kurang berkemampuan macam kami, peluang macam tu adalah satu pencapaian besar. Che pernah naik motor je dari kampung (lebih kurang 60 km) hantar satu guni rambutan untuk aku kat sekolah, untuk makan ngan kawan2. Bila sekolah di sekolah2 macam tu, dan budak2 selalu membanding2kan keluarga masing2, aku terasa gak la kekurangannya. Tetapi bila dah dewasa ni baru aku memahami dan mengkagumi niat dan kesungguhan Che.
Pengorbanan Che tidak terkira nilainya. Sedikit pun tak mungkin dapat aku balas.Ketika Che meninggal, aku tak rasa sangat kehilangannya. Biasa2 je. Tapi bila dah makin dewasa barulah aku raai ketiadaannya. Kali pertama aku betul2 menangisi Che iala apabila aku mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan perlu membuat keputusan arah hidup seterusnya, apabila kekurangan duit membataskan pilihan yang ada, apabila Mak terpaka berhutang sana sini demi anak2, apabila sebagai anak lelaki, baru aku tersedar tanggung jawab hidup.
Setelah berkahwin dan mempunyai bapa mertua, aku makin rindu pula pada Che. Apabila melihat Abah (bapa mertua aku tu) bersama anak2 aku terbayang2 pula seandainya Che masih ada, bagaimanala agaknya kami berinteraksi, Che dengan anak2nya yang dah besar2 dan berkeluarga sendiri. Kawan2 bawa bapa pergi hospital pun aku rasa terkilan.
Sekarang aku pun dah jadi abah pada anak2 aku barulah aku lebih menghargai Che. Baru aku faham perasaan, tekanan, kesusahan, kebimbangan seorang bapa. Tahu juga keseronokan, kegembiraan dan kebahagian menjadi ayah. Aku tidak mungkin boleh menjadi bapa sebaik Che, tapi kalau aku ada separuh kebaikan Che pun anak2 aku dah cukup beruntung.
Mungkin kehidupann dan keputusan2 yang aku buat dalam hidup akan berbeza sekiranya Che masih ada. Qada dan Qadar Allah sudah ditentukan, aku tidak terkilan dengan keputusan 2 dan cara hidup yang aku pilih setakat ini dan kalau Che masih ada pun, dia pasti akan berbangga dengan pencapaian2 aku selama ini (walaupun tidak sebesar mana pun). Cuma kalau Che ada, mungkin akan lebih bermakna lagi.
Untuk Che, Al Fatihah.

Tuesday, April 21, 2009

Glimpse of the future

Future blogger Future Ibu Mithali
(kat sebelah tu setokin abah yg kakak tolong buka, untunglah suaminya nanti, harap2 akan dapat suami yg soleh yang dapat menjaga dan membimbing anak2 aku ke jalan yang benar, InsyaALLAH, wah, jauh wawasan tuh..hehe)

Gambar ambik pakai cellphone je, tu pasal blur. Kamera dah hantar kedai sebab jatuh semalam, GERAM betul aku, baru cukup2 2 bulan usia kamera tu ngan aku. Tak tau ngape la lately ni, banyak betul barang rosak, laptop rosak (tak siap lagi), jam tangan rosak (belum hantar baiki lagi, mungkinkah akan dapat jam baru pada birthday aku bulan depan? *hint, hint), kamera rosak (baru hantar kedai hari ni), pintu rak kasut tercabut (belum pasang balik lagi), kepala paip kat dapur pun tercabut (belum beli baru lagi), kereta kemek (tak cari workshop lagi), dan macam2 lagilah. Mau buat darah gua mendidih je.. Tu pasal aku tak baiki lagi semua tu, kalau aku tengok je benda2 tu mulalah aku rasa nak hempas barang2 je, al maklumlah fius ada sikit pendeklah. Nak kena tunggu lama sikit, bila dah sejuk barulah boleh aku buat balik barulah boleh buat dengan tenang dan relaks.
Adakah ini petanda akan dapat bonus kencang pada bulan depan ni? InsyaALLAH.

Sunday, April 19, 2009

KL International Book Fair

Last Sunday nak pergi PIKOM Fair kat KL Convention Centre kat KLCC tu tapi tak jadi sebab hujan lebat petang tu, lama sampai ke malam lak tuh. So hari ni pagi2 lagi kami dah keluar pergi KL International Book Fair kat PWTC.

Aku ni memang gila kalau ngan buku2 ni. Masa aku muda remaja dulu, aku malu gak nak ngaku hobi mengisi masa lapang aku membaca buku sebab takut tak macho & skema sangat la kononnya. Orang melayu kita ni dulu memang la sangat2 tak baca buku. Kalau ada pun awek2 je. Sempat gakla aku berkenalan ngan dua tiga orang dulu, hehe. Tapi tak bawak kemana pun, abis kat kedai buku tu je. Kira hobi baca buku ni untuk yg nerd aje la. Tapi bila proses penuaan dah berlaku ni, aku rasa banggalah plak bila orang tau aku ni suka membaca. Member2 aku yang jantan2 tu pun takdela memandang serong pun kalau tengok aku kelek buku. Lagi pulak sekarang ni kalau pergi MPH ke Kinokinuya ke semua pun dah penuh ngan orang melayu ni. Bagusla tu, banyak kelebihan suka membaca ni. Contohnya, sekurang2nya aku baca buku lepak kat rumah je, bukan pergi mancing tinggal anak bini semalaman cam sebahagian suami lain. Kira untungla bini aku tu yg kadang2 cam tak puas ati je bila tengok aku baca buku masa dia sapu lantai atau basuh pinggan atau lipat baju atau anak2 tengah melalak2, at least ada depan mata, kalau ada emergency tak susah2 cari laki kat mana, awek2 lain pun takde can nak mengorat aku.

Anyway, inilah sebahagian photo yg aku amik kat PWTC hari ni.

Sebahagian orang ramai yg berkeliaran kat sana. Fair ni memang besar2an lah jugak. Banyak bilik dari ruang legar sampai ke tingkat 2 di'concur'nya. Siapa2 yg suka buku2 ilmiah, buku agama, novel2 melayu atau buku2 kanak2 memang patutlah pergi ke sana. Fair ni berlangsung sampai 26/4/09 ni.
Sebahagian lagi orang ramai yg berpusu2 masuk ke salah sebuah bilik pameran. Aku bab org2 ramai yg bersesak2 ni yg potong stim nih. Susah nak belek2 buku sambil nak tengok budak2 berdua tu lagi. Aku terus takde mood nak tengok lama2, satu buku untuk aku pun tak beli, untuk bini & anak ada la.

Dalam sesak2 tu, sempat lagi bini ake berposing. Kalau dah jantinanya perempuan tu, buku2 masakan lah yang diterkamnya. Pastu bini aku ni suka gak buku2 panduan & pedoman hidup ni, maklumla cikgu. Hari tu ada bini aku beli buku Travelog Haji untuk aku, tapi belum sempat baca lagi sebab aku ada dua buku lagi dalam queue. Habis buku Child 44 & The Gift of Rain ni abang baca la Travelog Haji tu ye, yang, bukan tak hargai tapi ikut peraturan, hehe.

Hannah tengah browse buku2. Kalau adala perangai aku yang turun kat anak2 aku harap minat suka membaca ni salah satunyalah. Setakat sekarang ni dia suka la belek2 buku yg aku beli untuk dia. Tadi dia cari buku Barbie tapi takde, nasib baik berjaya divert perhatian dia kat benda2 lain. Tuh dalam plastik orange dia pegang tu CD lagu kanak2 aku beli kat gerai DBP supaya dia tak teringat kat Barbie la tu.

Lapar + penat + bosan. Lepak kat tangga je sementara ibunya menyusukan adik sebab tempat lain semua dah penuh, takde tempat duduk.

Tapi akhirnya ceria semula sebab abah dah beli aiskrim..

Kat ruang legar dia adalah persembahan2 untuk menghiburkan orang ramai semua.

Apa significantnya budak2 cheerleaders ni dengan pameran buku aku pun tak tau. Tapi mungkin sebab salah satu penajanya adalah Celcom XPax. Agaknya nak menarik budak2 mudala tu. Walau bagaimanapun aku tetap gak rasa cam tak bersesuaianlah, cam sambutan tahun baru lak.

Inilak persembahan lagu2 puisi dari budak2 UPSI. Dah nama pun UPSI, persembahan diorang ni pasal guru2 lah semuanya. 'Cam sambutan hari gurulak' kata bini aku yang juga seorang cikgu tu. Tapi yg lelaki bersampin tu suara dia cam perempuan la pulak. Hmmm.. cikgu? Yang menyayi pakai baju kadazan tu plak, taknak share mikrofon ngan awek pakai baju kurung tuh, sian awek baju kurung ek, suara orang tak dengar pun.

Sian Hannah, panjang tengkuk nak tengok show, maklumla yg kat depan semua kepala besar2. Harap2 pasni jinjangla leher anak aku, takdela cam leher bapak dia yg makin tenggelam tu (tapi akan timbul semula menjelang Hari Raya nanti).

Akhirnya balik rumah budak2 sibuk main ngan belon yg dibeli dari PWTC tu. Diorang memang suka main belon pun. Semalam pun dapat banyak belon masa pergi Hi-Tea kat KDE sempena satu majlis anjuran kelab guru sekolah bini aku, tapi dua dah pecah kena kipas, hehe.
Minggu depan nak pegi pameran dinasour kat Mid Valley lak, minggu lagi sekali Homedec lak kat KLCC. Tu yg best duduk kat KL ni, ada je benda2 menarik nak buat bila weekend. Lagi banyak boleh buat kalau my bini tak kena kerja pada hari Sabtu lagi, hehe (walau bagaimanapun aku meredhai dan merestui sepenuhnya kerja2 bini aku pada masa orang lain cuti tu, dah kita makan gaji, nak wat camne kan?).
Bye.

Thursday, April 16, 2009

Cis!! Hanjing!! Cis!! Cis!! Cis!!!!!!!!!

MEMANG HANJING!!!
HANJING SUNGGUH!!!
Ye, memangla hanjing sungguh!
Rumah aku dimasuki anjing.
Bukan dalam rumah betul la, tapi dalam compound rumah aku, dalam pagar rumah aku tu. Pagi2 subuh2 hari aku tengah siap2 pakai baju seluar nak pegi keje aku dengar bini aku dok halau ape bende ntah kat bawah. Dengar kepada kemanjaan dia dok 'syuh, syuh!' tu aku ingat dia halau ayam ke kucing ke ape2 lah, sebab kucing neighbour aku tu suka gak tido/lepak kat atas couch yg kitorang letak kat luar tu.
Tiba2 bini aku terkocoh2 masuk bilik, 'ada anjing kat bawah, bang' cakap bini aku yg cepat panik tu. Terus aku yg mempunyai fius yang pendek sikit ni ternaik angin lak pagi2 tu. Bukan kat bini aku, tapi kat si anjing tu la.
Dalam gelap2 pagi tu aku tengok adala 2-3 ekor puppies dok lepak kat tepi pasu2 bunga. Demi menjalankan tugas sebagai seorang laki yg macho, tepaksa la aku halau anak2 anjing tu semua. Aku hentak2 kaki diorang (or dianjing?) tu wat tak paham je. Nampak cam manja2 jinak2 je semua, tapi takkan aku nak angkat kot, nak angkat pasu2 tu pun aku takut tersentuh lak ngan menatang haram tuh, habisla baju nak samak seluar baju termasukla tubuh badan aku yg sasa nih. Mana nak cari air tanah pagi2 buta kat KL nih. Bini aku dah blah dah, sebab nak kena pergi hanta2 budak2 tu kat nursery sebelum ke sekolah dia.
Pastu aku jolok2 ngan batang penyapu, lari keluarla jugak 3 ekor. Tapi ada lak lagi sekor yg degil. Jenuhla jugak aku menjolok2 menghentak2 memaki hamun dsb tapi dia angkat kepala pun tidak.
Last2, geram punya pasal aku biarkan aje si anjing tu kat situ, sebab dah lewat nak pergi kerja. Pagi ni pulak aku ade meeting pagi2 lagi. Nasib baik aku dah siapkan semua report yg perlu tu semalam. Harap2 dah petang2 aku balik kerja hanjing2 tu semua dah balik ke kampung halaman masing2la.
Habis meeting kul 11 habisla aku talipon semua bijak pandai tanya pendapat. JAKIM, JAIS, JAWI, mak aku semua aku call. Berjanggut aku tunggu tapi sorang pun tak angkat call aku kat JAIS. Takkanla sorang pun tak kerja, line rosak ke? Operator cuti ke? Telekom bagi aku salah nombor ke? Pekak ke semua? atau sibuk dok ikut si Memey & Norman Hakim ke? Kat JAWI lagi best, dapatla cakap ngan operator tapi dia cakap - 'Minta maafla encik, tapi saya tak tau nak pass kat saper la.'. Huh??
Tapi kat JAKIM dapatla cakap ngan satu ustaz, katanya bukan official la tapi org yg pass tu kata ustaz ni kira tempat rujukan diorang la. Aku tu tangah bengang, lupalak nak tanya nama dia. Katanya kalau kering sama kering (anjing & kawasan/barang tu) takyah samakla, asalkan tak nampak, takde bau, takde rasa OK lah. 'Kalau awak pegi rumah orang yang bela anjing pun tak payah suruh dia samak dulu kan?' tanya ustaz tu. Hmm, make sense gak. Anyway aku cek 2-3 website soal jawab agama ni semua pun jawab samalah. OK la tu.
Petang bini aku call, hanjing2 tu ada lagi la plak. Pastu dok lepak kat couch tempat aku & budak2 dok lepak petang2. Dah kencing lak tuh, halaa, nak kena samak gak nampaknya.. Hiiissshhh, naik darah lagi aku!
Masuk je kawasan rumah petang tadih, waduh busuknya bau.. Si hanjing2 tu relaks je lepak kat bawah couch. Tengokla kesedapannya lentok kat bawah ni.
Kain kat depan tu kain bini aku, terjatuh tadi tapi my bini tak berani nak pegi angkat. Hmm, nak kena samak gak tuh.
Dua ekor yg lain lak. Lihatla renungannye yg berkilauan tuh. Wah2 nak bermanja lak dia. Pastu tengokla lantai yg penuh berpasir berhabuk berdebu hasil sentuhan manja mereka nih semua.
Lepas aku jolok2, si hanjing2 lari dok kat dalam longkang kat bawah pasu ni plak. Aku ketuk2 dinding & pasu tu di wat tak reti je. Nak bertindak ganas pun tak sampai hati, maklumla, mereka pun makhluk Allah gak, tambahan lak aku ni memang pengasih dan penyayang orangnya. Tapi, hanging satu badan, akhirnya aku pecahkan pasu tu (dan jugak batang penyapu, hehe). Tapi at least diorang blahla, except 2 ekor yg sangkut kat dalam longkang tu, tapi kat bahagian luar la. Nasib baik pastu ada satu neighbour cina tolong angkat keluar. Kalau tak sampai pagila aku dengar dia menyalak2 sedih kat situ. Sayulak aku dengar.
Lihatla kemanjaan salah seekor mereka melenggang keluar dari pagar yg terbuka luas tu.
Pastu bermulala episod pencegahan supaya tragedi ngeri ni tak berulang lagi. Tu aku tengah ikat tali rafia supaya hanjing2 tu tak masuk lagi, tapi risau gak takut mereka boleh masuk ikut celah2 tu.
Pastu satu pakcik yg datang melawat satu lagi neighbour aku beri cadangan supaya tutup ngan kotak, lagi terjamin ketidak masukan gerombolan hanjing2 tu. Laa, apasal la aku tak terpikir idea yg bernas camtu padahal punyala banyak kotak2 kosong kat rumah aku. Lihatlah anak aku yang tengah membantu mencekik tekak aku tu supaya tahap konsentrasi aku makin mantap, maklumlah dah maghrib sebenarnya waktu tu.
Harap2 hanjing2 tu takdela bole masuk lagi malam nih. Mereka tu ada lagi dok kat luar pagar sana. Baru jap masa bini aku lepas sidai baju malam ni aku nampak neighbour sebelah rumah aku dok halau supaya tak masuk rumah dia. Hii, risau betul.
Esok nak kena pegi beli dawai la kat hardware store ganti kotak2 tu. Geram betul aku ngan hanjing2 tuh, buat spoil malam jumaat aku je!

Saturday, April 11, 2009

Another fun day + a promotion

Since my wife kerja hari ni, I took the girls to the playground at Taman Tasik Permaisuri, the best playground in KL sebab banyak pokok, so teduh la sikit, tengahari panas buta pun budak2 tu boleh main lagi.
Sebelum pergi main, makan roti canai kat kedai mamak dulu. Kesian my bini penat bangun pagi2 buta goreng mi sebelum pegi sekolah tapi si Hannah taknak makan sebab nak roti canai jugak. Abis la satu keping roti canai tu. Patutnya nak pergi ke Restoran Kampung Pandan Dalam kat Pandan Indah tu, tapi dah kul 10 lebih tu mesti dah abis roti canai dia yg lembut & sedap tu, so aku bawak pegi ke d'Klasik je lah, tapi memangla tak sedap roti canai dia. Aku makan tak abis pun, tapi si Hannah ni abis lak sekeping.
Adik Sarah kan main seronok main, budak2 lain pun tak ramai sebab dah tengahari, so sedapla budak berdua tu lari kesana kemari, pening kepala gak nak tengok yg mana satu sebab adik lari ke kanan, kakak lari ke kiri lak.

Kakak Hannah pun tersengih2 tergelak2 je sebab dia boleh concur playground tu sebab budak2 lain tak ramai. Aku nak ambik gambar banyak2 tapi tak ada peluang sebab nak kena perhati kedua2nya sekali. Pastu dua2 bukan nak main benda yg sama, adik main kat slide kakak nak naik swing, kakak nak main slide adik lak nak lari sana sini.

As always, mesti makan ais krim dulu masa rehat. Kakak bengang je sebab pakcik aiskrim tu lambat bagi aiskrim dia.

Tengah2 makan aiskrim tu, datangla si kupu2 ke rama2 kecik ni datang hinggap kat atas kepala kakak Hannah lak, pastu hinggap kat pala adik Sarah pastu terbang kat abah lak. Memang seronokla budak2 ni kejar2 kupu2 ni. Yg bestnye, dia kejap2 terbang lari, pastu datang balik. Mengekek2 adik Sarah dibuatnya.

Adik Sarah selepas kegiatan makan aiskrim, abis comot dari dahi sampai ke betis. Datang satu makcik tu cakap "eee, cutenye cutenye comot2 ni, geram nak cubit2 je".

Pastu datang pegawai penguatkuasa DBKL naik kuda. Sukala budak2 ni menengoknya tapi takut nak pergi dekat, melambai2 dari jauh je. Yang tak syoknya budak2 dok melambai2 dan jerit2 "babai horse, babai horse" pegawai penguatkuasa tu dok buat tak reti je. Apala salahnya humourkan budak2 ni dengan senyum ke, lambai balik ke barula mesra rakyat sikit.

Penat sangat agaknya adik Sarah ni, belum keluar simpang HUKM lagi tiba2 aku tengok dia dah lentok dah, siap tekangkang2 lagi tu.

Kakak Hannah lak tewas kat simpang Shamelin, sibuk2 nyanyi tiba2 senyap je. Aku pusing belakang masa berenti kat traffic light tengok dia dah selamat dah, hehe.
Petang aku pergi hantar laptop yg dah rosak sebulan lebih kat rumah member aku suruh dia tengok2kan. Member aku ni la tempat rujukan IT aku. Rosak je mesti hantar kat dia lah. Tak pernah bayar lak tu. Setakat terima kasih je. Sebab hari ni ada banyak masa aku bawak la dia ke Noodle Station kepunyaan colleaque aku kat Danau Kota tu. Aku pun dah janji ngan colleaque aku tu untuk promote kafe dia ni. Best tau tempat ni, ada dekat 50 jenis cara masakan noodle dia. Ada la gak masakan2 timur dan barat kat sini, hari tu aku makan chicken chop dia, memang top class lah. Ada free wi-fi lak tu. Cuma parking susah sikit la, tapi ada parking kat basement atau blok belakang, cuma kena jalan sikit la.
Aku ingat nak dok kat dalam, teduh sikit sebab ada air-cond, tapi sebab kawan aku tu nak hisap rokok tepaksala dok kat luar je, ala2 alfresco gitu. Tapi yg tak syok dok luar ni kat situ ramai betul org pergi solicit derma masa tengah makan ni. Adala kat 3-4 orang tadi, tak termasuk yg jual vcd/dvd lagi tu.
Apa ke nama dah ni lupa lak, tapi member aku tu suka kaki ayam. Ha, tu kaki ayam la yg tiga ketul tu, tg hitam2 tu cendawan. Katanya sangatla best noodle ni, nanti dia nak bawak member2 dia lepak sini lain kali, dekat je ngan rumah dia kat Setapak Jaya tu.

Ni pulak yg aku makan, nama pun dah lupa gak tapi something TomYam la. Best tapi portion cam sikit la, ataupun best sangat sampai rasa tak cukup, hehe.

Member aku tengah makan lagi noodle yg dibayar oleh aku tu. Nasib baik kat Noodle Station ni price dia memang tersangat resonablenya. Aku makan dua orang pun RM25 je, termasuk drink la tu. Bowl yg dah kosong tu aku punyala, cepat je abis sebab portion sikit.
Ciao!

Friday, April 10, 2009

Kenangan lalu menjelma kembali

Sementara tunggu hujan berenti kat masjid lepas Jumaat tghari tadi, aku & friends duduk la borak2 kat masjid kat Taman Maluri tu. Tiba2 tenampak sorang yg aku pernah kenal rapat dulu tgh semayang sunat.

Alamak! terus aku ni terencat lak. Pakcik ni (& isterinya lah & familinya gak) dulu sangatla rapat ngan aku, tapi kami ni kira bercerai ngan masam2 muka gak la. Aku tak tau nak pegi tegur ke tak. Kalau tak tegur takut ralat lak nanti, lagipun benda2 yang dah lepas tu dah lama sangat dah, agaknye dak 10 taun lebih dah. Lagipun kalau nak bermaaf2an pun nilah masanya, tak tau bila lg bole jumpa. Tapi kalau aki pegi lepas tu dia wat tak taulak, nanti terguris balik hatiku yg sensitip ni.

Dulu2, aku bekawan baik la ngan satu anak jantan dia. Selalu la pi tido rumah dia, makan bekfast kat rumah dia, teman makciknye pegi pasar dsb. Dah cam anak banak dah rasanya. Pakcik ni ada sorang anak dara, cun gak la. Pastu agaknya diaorang ni suka la ngan kesopan santunan aku + kekacakan rupa paras + kesasaan tubuh macho aku jadi si makciknye pun kenen-kenenla aku ngan awek ni. Bukan takat hint2 je, siap bagi tiket wayang lagi tu, untuk aku pi tengok ngan awek tu.

Bukan takat tu je, pakcik makcik ni pun ada la jugak bagi bantuan2 lain kat aku, kadang2 beli kain baju, siap pakcik tu drive dari Keramat ke opis aku kat Bukit Bintang antar makanan kalau ada diaorang masak yg best2 skit. Ada gak sponsor aku sikit2 masa aku tengah sesak. kalau sakit demam aku merekalah yg telebih kelem kabutnya, padahal aku OK je.

Aku ni plak, nak kata lurus ke, bodo ke apa ke tak taula. Orag bagi aku amik je. Tengah2 sesak dulu kalau ada derma & sedekah ni memang la dialu2kan. Tapi aku ni anggap mereka tu cam keluarga angkat la kira. Anak dara yg dioffer kat aku tu, walaupun ayu jelita, jenis yg aku takleh terima nak wat bini. Sebab, aku ni budak kg, cara aku bepikir cara org kg kat ganu pikir. Bukan aku je, mak aku pun gerenti tak terima jadi menantunye kalau aku pilih awek yg pakai skirt pegi shoping, yg pakai suar pendek je gi joging, yg pakai baju kurung hari raya & hari jumaat je. Tu belum masuk bagian lain, cam pebezaan lifestyle & pemikiran. Bukannya mereka tu org kaya sgt, biasa2 je la tapi moden sikit la, maklumla orang KL punye style kot, haha.

Aku cakapla ngan kawan aku supaya cakapla ngan bapak dia aku ni tak nak lebih dari tu. Nak bekawan biasa2 je. Lagipun dia tau aku ni jenis camana, explain la kat famili dia. Tapi kawan aku tu gelak je, "Alah, takde ape2lah tu" katanya. Tapi memang ada ape2 akhirnya.

Bila pakcik makcik tu tau aku tak beminat ngan anak dara dia. Diorang pun panggilla aku, kira nak ada heart to heart talk la. Aku pun cakapla aku ni tak ready lagi, ada benda2 aku nak buat sebelum aku nak bercouple2 ni. Huh, melenting org tua tu bedua. Tu belum lagi cakap pasal benda2 sensitif lagi tuh. Aku nak wat camner, dengar je la. Tapi adala kata2 yg mengguris perasaan dan hati nurani aku yg sampai la ni pun terasa tajam menikam lagi. Huh, rasa cam nak lempang je. Kalau tak sebab mak bapak aku ajar supaya respek org tua, aku blah tang tu je. Tapi sebab aku ni penuh adab sopan dan tattusila ketimuran, aku ni tunduk dan angguk2 je la.

Lepas tu takdela aku pegi rumah diorang, ngan kawan aku tu pun jarang jumpa sebab aku memang angin ngan dia. Sekali2 ada la dengar berita kawan aku tu dari jauh2. Pakcik makcik tu kira dah putus hubungan dah.

Singgala hari ni, bila last2 abis je pakcik tu semayang sunat aku terus bangun dan duk sebelah dia tapi tak berani gak nak tegur. Dia pusing tengok, pejam celik pejam celik dia tenung aku. Aku senyum cam poyo je. Sebenarnya aku tak tau nak cakap/wat ape2.

"Adam?" dia tanya. Aku angguk je, senyum. Terus dia peluk aku dan huhu, nangis tu. Aku pun terharu gak, tapi dalam kepala aku dok tepikir apala yg kawan2 aku dok pikir tengok aku berpeluk2an ngan pakcik tu. Malu pun ada sebab org tengok.

Tapi salah silap yg dah lebih sepulo taun tu habisla tadi. Benda lama. Orang pun semua dan move on dengan kehidupan masing2. Aku pun dah kawin beranak pinak dah, anak dara dia pun dah kawin dan dah bercerai dan bekawin dan becerai lagi dah. Pakcik tu cakap dia pun selalu la gak tingat kat aku (chewah, makin kembung perut gua!). Makcik pun ada gak sekali2 sebut pasal aku. Selepas update serba sedikit pasal masing2 aku pun tak kena balik opis sebab huja n dan benti, kawan aku pun asyik jeling2 je, tanda dah bengang tunggu la tuh!

On the way balik member aku tanya sape pakcik tuh, aku cakap - pak mentua tak jadi, hehe. Pakcik tu jemputla gak aku pegi rumah dia kalau ada kelapangan, aku angguk je tapi ntahlah, mungkin belum sampai masa lagi kot. Bukan bedendam ke atau sakit ati lagi, tapi aku nak lupakan benda2 yg dah lepas ni. Memang banyak terutang (budi & harta) ngan mereka dan kata2 yg mengguris aku tu pun banyak mengajar erti kehidupan tapi hidup ni harus pandang ke depan bukan ke belakang.

Tuesday, April 7, 2009

70 - 2 = 68.


- 2 KG in 1 mth time, on the right track lah... yahoo... 8 kg more to go until Hari Raya. Wish me luck, people.

Thursday, April 2, 2009

Anak + Bapak VS Cikgu

Ini satu kisah yg mungkin menarikla kepada sesiapa yang berkenaan (maksudnya ramaila orang yg di keliling aku ni, yang kebanyakanya cikgu cikgi tuh). Kisahnya begini :

BAGIAN i

Pada bulan Januari dulu, ada sorang kawan aku kena panggil ke sekolah anak dia (lelaki, Form 2 tahun ni) sebab budak tu dituduh selalu ponteng sekolah dan merokok kat sekolah. Wah bukan main marah lagi kawan aku ni, bukan ngan anak dia, tapi ngan cikgu tu.

"Aku taula anak aku, bini aku yg hantar anak2 ke sekolah, dia tengok ngan mata kepala sendiri anak aku masuk kawasan sekolah. Mana ada ponteng sekolah. Kalau anak aku keluar waktu sekolah, itu salah pihak sekolah sebab tak tau jaga murid kat sekolah. Pastu kalau anak aku hisap rokok pun, apa masalah sekolah? Bukan kacau orang pun. Kalau anak aku hisap rokok, mesti ada lekat busuk dia, aku tak bau pun. Cuma dia lepak ngan budak2 hisap rokok je, apa yang salah pun. Yang cikgu tu tak reti nak cek budak2 bawak rokok kat sekolah apahal? Kerja sejam dua sehari pun tak boleh nak tengok budak2? Bukannya diaorang tu ada kelas sepanjang hari.." Begitu panjang lebar kawan aku tu marah2 ngan cikgu anak dia. Aku ngan dua tiga lagi member yang dengar tu pun gelak je, malas nak komen, nanti lagi panjang cerita. Bab waktu kerja cikgu tu pun aku nak cakap apa2, nanti terkecik lak hati bini pujaan hatiku yang kadang2 balik kul 4 -5 petang tu, hehe.. (biasala tu, gurau manja laki bini, ye tak wife). Untuk makluman, kawan aku ni tak hisap rokok pun, pastu memang marah kalau ada orang hisap rokok sebelah dia. Habis la bagian tu kat situ..

BAGIAN ii

Hari Isnin pertama lepas cuti baru ni, tengah lunch ngan aku & member2 kat kedai mamak, tiba2 kawan aku tu dapat panggilan daripada cikgu anak dia. Katanya anak dia yang sopan santun tu kena tangkap sebab bawak vcd lucah kat sekolah. Wah, melenting gila la kawan aku tu. Terus ambik time off pegi sekolah anak dia.

"Anak aku tu baru Form 2, kencing pun bercabang lagi tau. Budak tu mana reti pasal benda2 jantan betina ni.Ada budak letak dalam beg dia. Kau taulah budak2 ni, saja nak kenakan kawan2 yang nampak baik2 ni. Tapi kalau ye pun, biasala budak2 jantan ni, bukan rogol orang pun." cerita kawan aku esoknya. "Anak aku rasa cikgu dia yang kena marah ngan aku dulu saja dengki nak kenakan dia. Saja nak rosakan rekod anak aku. Anak aku tu, semayang pun tak pernah tinggal tau. Takkan la aku tak kenal anak aku sendiri". sambungnya.

Punyalah marah kawan aku tu, petang tu sanggup ambik time off lagi nak pergi tunggu cikgu kawan dia kat luar sekolah ngan kawan2 dia. Bertumbuk2 manja gak la katanya dia ngan cikgu tu.

"Biar dia tau la ngan siapa dia nak main ni. Ingat aku ni bodoh sangatla, ikut bodoh je cakap dia." kata kawan aku yg pastu ada la luka sikit kat telinga dia. "Menggigil lutut cikgu tu tengok kitaorang, kecut telur, haha.., yang aku tak puas hati si pengetua dia siap ugut2 nak report polis lak tu. Dia tak ingat aku pun boleh buat report. Bukan dalam kawasan sekolah pun. Dalam sekolah takleh jaga kat luar lak dia sibuk." Merah padam muka kawan aku tu.

Aku malas nak komen, tapi kat belakang dia kawan yg lain tanya, "Kau ingat anak dia punya ke atau kena khianat ngan kawan dia?". Aku jawab "Aku rasa ye." Kawan aku pun angguk, "Bapak dia je yg blur, kot" katanya.

BAGIAN iii

Semalam April Fool, kawan aku datang ofis tapi pastu tak sedap badan jadi pergi ambik MC dan balik rumah. Pagi ni, tak datang kerja. Sakit lagi la tu agaknya. Aku pun sibuk ngan meeting hari ni, tapi nak balik tadi ada kawan aku panggil.

"Kau dengar tak apa jadi ngan anak kawan kita tu?" tanya kawan aku. "Apa hal lak?" tanya aku balik.

Rupa-rupanya semalam masa kawan aku balik rumah, dia sendiri dah tertangkap anak dia yang sopan santun dan mulia tu ponteng sekolah dok dalam bilik kawan aku tu ngan budak perempuan, bukan sorang je, dua orang awek tu.. dahla ponteng sekolah, buat maksiat kat dalam bilik mak bapak dia lak tu....

Aku tak nak komen, tapi agaknya betulla salah cikgu kot, sebab korang tau bini kawan aku tu kerja apa? CIKGU SEKOLAH gak beb..

Hmm, tu lah ceritanya.. selanjutnya kenalah aku buat kajian lagi besok. Malas nak komen, sebab aku pun bapak orang gak, bini aku pun cikgu, adik kakak ipar duai aku pun cikgu cikgi. Harap2 dijauhkan Allah benda2 camni.. Nauzubillah...

Wednesday, April 1, 2009

Bye bye 'last year'

The most pressured month for my company's financial year ended yesterday. Management expectation was high as the month's result will make sure that we hit (or did not hit) the year's financial target for my department. And we did it, with huge deficit. That with some hiccups during the final week that resulted in the management querried on my leadership style and quality and put tremendous pressure on me, and me putting unnecessary pressure on my staff for problems that was due to wrong reporting by other unit. How would you feel to have your ability openly questioned by management because other team had failed to give correct report (at that time I was not aware of the wrong reporting, that saw huge amount of my collection unreported and was really upset. I had no way to explain to my bosses and in the end reacted negatively to my staff). However I knew how my staff works and what they were capable of. So I got (forced) them to work extra hours and on weekend to manually check the result instead of relying on the other team report. True enough, my staff did a lot better than reported. And not a word said by my bosses when the official result came out today. Not an apology for unjust judgement before (not expected but highly appreciated if ever materialise) or at least an aknowledgement for job well done (also not expected). Life goes on... and I owe my staff lunch.

These few weeks I'll be busy with presentation and planning for new financial year. A new cycle awaits..

Ciao!