CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 25, 2009

Kembali ke masa dahulu melalui perut

Kalau balik kampung ni, jangan harap nak berdiet dan tahan selera la. Macam2 makanan ada, sekejap makan ini sekejap makan itu. Yang bestnya, inilah masa nak merasa kuih muih, lauk pauk yang tak dapat jumpa kat KL. Contohnya makanan yang kami jamu minggu ni, seperti :

Bubur lambuk, sangat berbeza dari bubur lambuk Kg Baru yang famous tu. Kat Ganu ni lagi banyak sayur, lebih pekat dan lagi lagi best (pada pendapat aku la)

Ikan celup tepung (ICT), snack petang yang lagi best dari keropok lekor

Roti keramat hasil kerja tangan Mak Mertua

Yang paling best musim musim hujan ni apa lagi, pelbagai jenis ubi rebus minum ngan air kopi la. Kat atas ni ubi itik rebus, sedap makan masa hujan.

Ter-best sekali? ubi keling puteri mandi. Masa kecik2 dulu mak selalu juga buat. Lama betul tak rasa nih.

Kena pulak tahun baru 1431 ni, mak mertua nak buat bubur asyura lak. Tengoklah hero kat atas tu dengan gembiranya mengacau bubur semasa peringkat awal. Lama woi nak kena kacau benda ni, dekat 6 7 jam jugakla, cam buat dodol. Masa kecik2 dulu, kat kg aku orang selalu buat beramai-ramai, gotong royong kat surau atau ngan jiran-jiran. Kadang-kadang berkawah kawah. Kami budak budak siap sedia ngan tempurung kelapa bersudukan daun kelapa, makan panas panas. Sekarang ni rasanya tak banyak dah yang buat macam tu.

Ada pelbagai cara orang buat bubur asyura ni, kalau kat Johor dia takdela beku cam ni, tapi kalau kat Ganu ni, sekejap je lepas angkat dah beku. Boleh tahan lama ni, aku suka kalau simpan dalam peti sejuk, sedap.

Akhirnya, selepas dipotong potong, dibagi bagi, inilah yang tinggal...


3 comments:

4-a&nazrah said...

i dah rasa bubur sura tu, sedap

najmiah said...

u buat i lg x sabar balik kg. Tapi kalau balik sekejap, sempat X i merasa semua tu?

adam tajuddin said...

Na, mestila sedap, tengokla siapa tukang kacau, hehe.
Kak Ji, kalau boleh makan 5 6 jenis sehari mestia sempat, janji mana2 yg nak mesti dapat. Tu yg penting tu.