CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 14, 2009

Angels.. oh how they always bring me joy












with their cousin, Umar


* photos are taken during last two weekends

Tuesday, June 16, 2009

Pecah kepala

3 minggu lepas aku balik rumah Hannah beritahu " Kepala adik pecah, habis berdarah". Rupa2nya bisul kat kepala Sarah dah meletup, barulah legal sikit dan bolehla tidur terlentang anak gadis aku tu.

Hari ni kepala aku pulak nak pecah!! Last week dapat tugasan baru yg aku kena cari jalan sendiri. The goal is to reduce the cost by RM50K or to generate revenue by the same amount and the dateline is tomorrow evening, by Thursday dah kena buat presentation! Alamak, aku dah mati akal nih!

Nak reduce cost mesti kena tahu kat mana expensesnya, bila aku tengok2 opex punya report, lebih 90% ialah untuk personnel & establishment cost, takkanla nak suggest potong gaji dan allowances, sewa bangunan dan cost computerisation to pun tak boleh sentuh jugak.

Sampai nak terkeluar dah bijik mata aku search ideas kat internet, tak berapa boleh pakai pun. 2 yang aku suggested kat boss dah awal2 lagi kena shot down. Mintak pendapat colleaques dan staff pun tak boleh dapat jugak.

Alamak! Alamak! Kepala nak pecah dah ni....
(Aku pulak kalau tension lagi nak makan banyak2nih, nanti tak kesampaian pulak perut 6 pack aku tuh)

Monday, June 8, 2009

Balik ke asal jua akhirnya...

Pada hari Rabu 3/6/09 kami pun check out dari Hotel Grand Crystal kat Jln Kg Perak, Alor Star, hotel yg tak best sebab bilik sempit, katil pun kecik, lokasi tersorok, pastu bagi aku bilik yg mengadap dinding bangunan sebelah lak tu, rasanya jauh lebih baik hotel yang kami sewa kat Langkawi tu. Anyway, untuk mandi, tukar baju & tidur tu cukupla. Lagipun breakfast lebih baik (sikit je) dari Langkawi Boutique Resort.

Percutian kali ni memang menyeronokkan, walaupun penat (dan sakit hati pun ada bila budak2 buat perangai). Kalau ikut hati, banyak yg aku nak buat, especially masa kat Langkawi tu, seperti pergi island hopping, naik bot pergi eagle feeding, masuk gua2 dsb, tapi mengenangkan anak2, keutamaan terpaksala beri pada aktiviti2 yg boleh menghiburkan meraka, sebab tulah leaps tengok burung tengok ikan lepas ikan tengok itik pulak. Hmm, bila dah jadi bapak ni, automatik bertukar prioritynya, masa minum teh tarik ngan kawan2 pun dah terlampau jarang sekarang ni, tapi takpe, janji puas hati dan tak ada rasa guilty kat anak2.

Lepas tu terus bertolak balik kg melalui Jalanraya Timur Barat. Last sekali aku lalu jalan ni masa Form 4 dulu, ikut rombongan sekolah ke Pulau Pinang. Jalan ni lengang je, sekali2 masa ikut belakang lori je baru nampak kereta lain, lepas tu bila dah potong kerat2 tu pun semua hilang gitu je. Kalau tak kerana jalannya terlalu bengkang bengkok sangat dan bukit pun tinggi2 (maklumla, melintasi banjaran Titiwangsa tu) mesti best drive kat sini. Ini kalau malam tak berani aku drive sorang2 kat sini.

Berehat tu tempat rehat Titiwangsa, cuaca nyaman macam kat Cameron Highland walaupun tengahari buta.

Cantik pemandangan kat sini, penuh kehijauan, teringat kenangan honeymoon kat Cameron Highland, haha.

Lepas je Tanah Merah nak masuk Pasir Putih, hujan turun lebat giler, sama macam masa nak pergi Langkawi hari tu, sampai Jerteh baru reda sikit. Tapi Alhamdulillah, dapat sampai kat rumah mak dengan selamat.

Balik kg ingat nak buat macam2, nak pergi La Hot Spring, berkelah kat Lata Tembakah, bawak budak2 main pantai dan macam2lah, tapi satu pun tak kesampaian sebab bekwah kat sana makan gulai kat sini (maknanya kendurila tu). Takpelah, lain kali pun boleh buat juga (tapi next plan balik kg islah hari raya ni, cuti sekolah bulan 8 tu bulan puasa pulak).

Untuk 2-3 kawan yang jemput kenduri minggu lepas ni mintak maafla tak dapat pergi sebab bercuti dan balik kg (sori, dah rancang lama, beb) especially Yie yang bekwah kat KB, lepas demo balik cuti ni kawe ajak make kat rumah la deh, tapi yg penting hadiah dah bagi dulu. Hmm, lagi satu kawan aku kawin cikgu, harap2 bini boleh terus pindah Gombak la, tak macam aku, dah beranak dulu baru boleh pindah Ampang.

Esok dah masuk kerja balik, first day kerja lepas cuti panjang ni mesti bertimbun kerja dan mood pun tak bagusla selalunya, tapi nak wat camner, nak kena tanggung anak bini dan keluarga, terpaksa kuredah jua, huhu.. tapi takpe, selalunya hari berikutnya mesti dah dapat mood kerja balik dan OK balik la nanti...

Rumah Tun & Rumah Tunku

Kami juga berkesempatan melawat rumah kelahiran PM kita yang ke 4, Tun Dr Mahathir, yg di belakang tu la.

Selain daripada rumah kelahiran beliau, banyak lagi bangunan di kawasan tu yang menyimpan pelbagai khazanah bekaitan Tun dan keluarga beliau serta barang2 berkaitan kejayaan beliau semenjak dari zaman bapa dan datuk beliau lagi.

Sayangnya, kat sini juga tak boleh bawak masuk kamera, hanya bergambar kat luar je. Rumah kelahiran Tun ini mengingatkan aku kepada rumah aku masa kecik2 dulu, rumahnya kecil saja tetapi ada pelbagai fungsi yg praktikal, terutamanya ruang dapur yang lebih kurang dapur rumah mak aku masa kecik2 dulu, masa tu atap nipah lagi, kalau hujan basah satu dapur.

Kami kat sana pun dah agak lewat, jadi tak semua bilik pameran tu sempat kami lawati, agak ralat jugalah. Kedai souvenir dia pun dah tutup, tak sempat nak beli barang kenang2an.

Jauh kat belakang tu ialah contoh kilang ais sebab rumah ni dekat kilang ais, alamatnya no berapa ntah, lupa lak, Jalan Kilang Ais, tapi tak taulah masih beroperasi atau tidak sebab kami tak pergi dekat pun, walaupun ia termasuk dalam salah satu tempat dalam pelan kawasan tu.

Kami juga sempat melawat rumah keluarga YM Tunku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan kita. Rumah Merdeka namanya, semasa menjadai PM dan selepas bersara pun inilah rumah kediaman beliau di Alor Star. Mas kami sampai pun dah dekat2 nak abis waktu melawat, tapi sempat jugalah merayau satu rumah. Walau bagaimanapun tak boleh ambik gambar kat dalam jugak.

Mula2 aku nak ambik gambar lambang keluarga Tunku ni, tapi tiba2 budak2 ni nak bergambar pulak, lepas ambik gambar ni bateri kamera pun abis, hanya dua keping gambar ni je kat sini. Nasib baik inilah tempat terakhir kami lawati hari tu. Budak2 ni tak seronok sangat di Alor Star berbanding ngan Langkawi sebab kat sini tak banyak yang boleh buat, cuma tengok2 tempat2 yang diaorang pun tak faham significantnya, tak macam Langkawi yang boleh naik cable car dan tengok haiwan2 dan main kat pantai.

Muzium Padi Negeri Kedah

Lepas tu kami pergi ke Muzium Padi Negeri Kedah yang terletak di kaki Gunung Keriang, dekat je dengan Alor Star, dalam 30 minit drive je.

Tarikan utama di sini ialah pelantar berputar di bahangian atas yang berpusing seolah2 kita duduk di puncak bukit dan tengok pemandangan kehidupan perkampungan melayu Kedah yang mengusahakan tanaman padi. Adalah sesuatu tang menarik perhatian Hannah tu, sebab dia seronok sangat kat atas tu.

Sebenarnya pemandangan tu lukisan je, tapi lukisan tu nampak macam real je dan memang cantik ah. Lukisan pemandangan tu dilukis oleh 42 org artis (kalau tak silap lah).

Gambar kenang2an sekeluarga, si Sarah tidur je sepanjang kat sana.

Untuk naik ke palantar tu kena naik tangga yg agak tinggi juga, dibuat seolah2 masuk melalui gua.

Juga ada ditunjukkan sejarah2 penanaman padi di Kedah, serta contoh2 proses penanaman sehinggalah menjadi beras, very educational tapi a bit brieflah.

Pemandangan sekitar muzium tu, mestilah sawah bendang je.

Arca angsa ni menarika perhatian Hannah sebab ada dalam cerita Barbie in the Swan Lake kegemaran dia, kalau tidak memanla dia taknak bergambar2 ni.

Sunday, June 7, 2009

Pekan Rabu

Lagi satu tempat wajib lawat di Alor Star ialah Pekan Rabu.

Tempat ni menjual pelbagai barangan2 tradisional melayu yang menarik2 dan dah lama aku tak nampak.

Tapi susuan aturnya sempit dan panas lak tu, kurang selesa sikitla kalau nak bershopping lama2.

Ada jugak menjual kuih2 tradisional macam dodol, cakar ayam dsb.

Dan sudah tentulah ada jual ikan pekasam, very sinonim ngan pekan rabu ni.

Bandaraya Alor Star

Kami juga melawat beberapa tempat2 menarik di Alor Star seperti Muzium diRaja ini. Muzium ini menempatkan replika2 dan barang2 bersejarah kerabat di raja Kedah sejak zaman dahulu kala lagi dan pelbagai contoh dan adat istiadat istana. Sayangnya kamera tidak dibenarkan ke dalam muzium, rasionalnya tak taulah kenapa.

Masa kami sampai tu hujan turun tapi tetap juga nak bergambar dalam hujan2 tu.

Bila kami keluar muzium, hujan pun dah berhenti. Budak2 ni suka menilik2 meriam2 yang banyak kat depan muzium tu.

Di depan Balai Besar, lokasinya disebelah Muzium Diraja dan kegiatan2 istana masih lagi dijalankan disini.

Di depan Masjid Zahir, mercu tanda Alor Star.

Tempat2 ni sebenarnya dekat2 je, park satu tempat dah boleh cover semua kawasan. Tapi cuma boleh ambik gambar kat luarnya sebab kamera tak boleh bawa masuk kat dalam.

Clock Tower

Pintu gerbang ni menghala ke Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Galeri ni menyimpan pelbagai khazanah milik dan berkaitan dengan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim termasuk cederamata2 yang dihadiahkan dan kereta2 antik baginda. Galeri ni baru dibuka dan belum mengenakan entrance fee lagi, tapi tak lama lagi katanya akan dicaj lebih kurang RM6 seorang bagi orang dewasa dan RM3 bagi kanak2.

Kami sekeluarga ditengah Bandaraya Alor Star.