CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 8, 2009

Rumah Tun & Rumah Tunku

Kami juga berkesempatan melawat rumah kelahiran PM kita yang ke 4, Tun Dr Mahathir, yg di belakang tu la.

Selain daripada rumah kelahiran beliau, banyak lagi bangunan di kawasan tu yang menyimpan pelbagai khazanah bekaitan Tun dan keluarga beliau serta barang2 berkaitan kejayaan beliau semenjak dari zaman bapa dan datuk beliau lagi.

Sayangnya, kat sini juga tak boleh bawak masuk kamera, hanya bergambar kat luar je. Rumah kelahiran Tun ini mengingatkan aku kepada rumah aku masa kecik2 dulu, rumahnya kecil saja tetapi ada pelbagai fungsi yg praktikal, terutamanya ruang dapur yang lebih kurang dapur rumah mak aku masa kecik2 dulu, masa tu atap nipah lagi, kalau hujan basah satu dapur.

Kami kat sana pun dah agak lewat, jadi tak semua bilik pameran tu sempat kami lawati, agak ralat jugalah. Kedai souvenir dia pun dah tutup, tak sempat nak beli barang kenang2an.

Jauh kat belakang tu ialah contoh kilang ais sebab rumah ni dekat kilang ais, alamatnya no berapa ntah, lupa lak, Jalan Kilang Ais, tapi tak taulah masih beroperasi atau tidak sebab kami tak pergi dekat pun, walaupun ia termasuk dalam salah satu tempat dalam pelan kawasan tu.

Kami juga sempat melawat rumah keluarga YM Tunku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan kita. Rumah Merdeka namanya, semasa menjadai PM dan selepas bersara pun inilah rumah kediaman beliau di Alor Star. Mas kami sampai pun dah dekat2 nak abis waktu melawat, tapi sempat jugalah merayau satu rumah. Walau bagaimanapun tak boleh ambik gambar kat dalam jugak.

Mula2 aku nak ambik gambar lambang keluarga Tunku ni, tapi tiba2 budak2 ni nak bergambar pulak, lepas ambik gambar ni bateri kamera pun abis, hanya dua keping gambar ni je kat sini. Nasib baik inilah tempat terakhir kami lawati hari tu. Budak2 ni tak seronok sangat di Alor Star berbanding ngan Langkawi sebab kat sini tak banyak yang boleh buat, cuma tengok2 tempat2 yang diaorang pun tak faham significantnya, tak macam Langkawi yang boleh naik cable car dan tengok haiwan2 dan main kat pantai.

0 comments: