3 hari pertama 2010, aku bawak budak2 jalan2 sebelum bermula rutin baru bersekolah tadika.
Hari Jumaat tu cuma pergi main kat Pandan Indah Town Park je sebab malas nak pergi jauh2, maklumla tengahari aku nak pergi masji Solat Jumaat.
Sabt pegi KLCC sebab si Hannah dah banyak kali do sebut2 nak pergi sana.
Tengokla, si kakak nak amik gambar tapi si adik tu malas nak layan, hehe.
Seronok tengok budak2 ni lari sana sini.
Kopak gak la singgit dua beli brg2 mainan ni kat Parkson, tapi suka tengok diorang main. Hannah jadi mak sedang suap nestum kat baby.
Ahad, gi zoo lak. Dah 2-3 bulan kot janji ngan Hannah nak bawak dia ke sana. Ini kali ke 4 dalam masa 2 tahun pergi sana kot. Dulu caj masuk dewasa RM15, sekarang dah RM20, belum masuk caj yg lain2 lagi, cam tebu untuk gajah, etc.. huhu..
Masuk2 je kena pau ngan Hannah nak payung ni plak. Pastu mana bleh beli satu, mesti 2 supaya tak gaduh ngan adik.
Haha, pergi zoo wajib ni, tengok elephant dan bagi makan tebu. Sebelum tengok yang lain2, tempat gajah ni mesti pergi dulu, kalau tak tak senang duduk budak berdua tu, nasib baik dekat ngan main enterance je.
Tengah tunggu animal show.
OK gak la show dia, hanya seal ni yg lain sikit, yang lain2 tu dah pernah tengok kat tempat lain. Tapi budak2 tu teruja je..
Akuarium Tuanku Abdul Rahman ni pun not bad gak, banyak kali pergi zoo, ni la first time masuk sini. Kalau compare ngan Aquaria tu, sini lagi worth for money sebab Aquaria tu terlampau mahal, kalau bagus cam Langkawi Underwater World tu takpe la jugak..
Posing sementara tunggu tram.. (pun wajib naik gak ni, kalau tak berminggu2 pun do sebut2 lagi)
Huh, apa yang menarik budak2 ni tengok ye...
Ooo, nak tengok lion, bila mengaum satu zoo boleh dengar, tapi badan cekeding je, kesian.
Bila budak2 suka, mak bapak pun mesti suka lah..
Sebab ada loyalty card, dapat main benda ni free..
Dekat 4 jam juga kat dalam tu, akhirnya balik bawak barang2 mainan lagi, huhu... awal bulan dah kopak..