CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 1, 2010

HAPPY NEW YEAR 2010

Masuk Tahun 2010 ni maksudnya dah 20 tahun aku merantau ke KL nih. Lama tu weh... Pertama kali jejak kaki di KL pada hujung Disember 1999 untuk hantar adik aku ke SMAP, Kajang menukar arah hidup menjadi aku yang ada sekarang.

Dulu, masa muda muda, tak pernah miss celebrate new year kat Dataran Merdeka, sanggup bersesak sesak dalam orang ramai ramai tu, tengok konsert dan bunga api (masa tu KLCC tak siap lagi, kat Bukit Bintang pun takde apa2 pun kalau malam2 melainkan kelab malam dan disko je. So semua tertumpu kat dataran je. Tak tunggu lepas Isyak, lepas Asar pun dah keluar ngan kawan2.

Tapi semenjak kawan kawan kawin sorang demi sorang, takde geng dah nak pergi lepak sana, aku lepak kat rumah member2 atau kedai2 kopi lak sampai pukul 3-4 pagi untuk usher in new year. Pastu bila makin tua, itu pun aku malas nak join, duduk rumah tengok TV je. Lepas kawin, lagilah, belum new year lagi dah zzzzzzzzzzzzz.....

Tapi malam ni, tiba tiba terasa nak tengok fireworks display lak. Tapi nak berebut rebut kat KLCC, dengan anak2 tuh tak endaknya aku. Last2 aku usung anak bini, termasuk si Sarah yang dah tido ngan bini yang dah lelap keluar kat belakang Tesco, sebab kat situ boleh nampak KLCC clearly.

Pukul 11.30 mlm aku kluar, ingat orang tak ramai la, rupa2nya, penuh sesak dengan orang2 bujang dan kaum keluarga ngan anak2 dah siap tunggu ambik port cantik punya. Berpusing2 2-3 kali gakla aku cari port yg best, akhirnya park kat depan kedai asam pedas Linda Onn je. Yang penting dapat tengok fireworks display, beb!

Tepat jam 12 mlm, berdentam dentum percikan bunga api memenuhi udara KL, Dataran, Bukit Bintang, KLCC dan 7-8 tempat lagilah, memang meriah sungguh. Tapi yg paling cantik yang kat KLCC ngan Dataran je, yg lain tu biasa2 je, sebahagiannya nampak kat pucuk2 je sebab lindung ngan pokok2. Sayangnya tak dpt nak amik gambar sebab nak dukung Hannah supaya pandangan dia takdela terlindung ngan orang ramai kat situ. Tapi cam gambar kat atas tu la.

Sempena tahun baru 2010 ni, aku takdela buat azam baru ke apa, cuma berharap dan berdoa semoga diperkuatkan iman, dipermudahkan menerima ilmu2 yg baik2, dimurahkan lagi rezeki sekeluarga, dikurniakan kesihatan yang semakin baik dan semoga kehidupan semakin bertambah ceria dan bahagia, INSYAALLAH.

Untuk ada semua, aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 semoga semua yg korang idam2kan selama ini menjadi kenyataan pada tahun ini, insyaALLAH.

1 comments:

Anonymous said...

Great post. I was checking constantly this blog and I'm impressed! Very useful info specially the last part :) I care for such information a lot. I was seeking this particular info for a very long time. Thank you and good luck.

My web-site; レイバン