CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 25, 2009

Kembali ke masa dahulu melalui perut

Kalau balik kampung ni, jangan harap nak berdiet dan tahan selera la. Macam2 makanan ada, sekejap makan ini sekejap makan itu. Yang bestnya, inilah masa nak merasa kuih muih, lauk pauk yang tak dapat jumpa kat KL. Contohnya makanan yang kami jamu minggu ni, seperti :

Bubur lambuk, sangat berbeza dari bubur lambuk Kg Baru yang famous tu. Kat Ganu ni lagi banyak sayur, lebih pekat dan lagi lagi best (pada pendapat aku la)

Ikan celup tepung (ICT), snack petang yang lagi best dari keropok lekor

Roti keramat hasil kerja tangan Mak Mertua

Yang paling best musim musim hujan ni apa lagi, pelbagai jenis ubi rebus minum ngan air kopi la. Kat atas ni ubi itik rebus, sedap makan masa hujan.

Ter-best sekali? ubi keling puteri mandi. Masa kecik2 dulu mak selalu juga buat. Lama betul tak rasa nih.

Kena pulak tahun baru 1431 ni, mak mertua nak buat bubur asyura lak. Tengoklah hero kat atas tu dengan gembiranya mengacau bubur semasa peringkat awal. Lama woi nak kena kacau benda ni, dekat 6 7 jam jugakla, cam buat dodol. Masa kecik2 dulu, kat kg aku orang selalu buat beramai-ramai, gotong royong kat surau atau ngan jiran-jiran. Kadang-kadang berkawah kawah. Kami budak budak siap sedia ngan tempurung kelapa bersudukan daun kelapa, makan panas panas. Sekarang ni rasanya tak banyak dah yang buat macam tu.

Ada pelbagai cara orang buat bubur asyura ni, kalau kat Johor dia takdela beku cam ni, tapi kalau kat Ganu ni, sekejap je lepas angkat dah beku. Boleh tahan lama ni, aku suka kalau simpan dalam peti sejuk, sedap.

Akhirnya, selepas dipotong potong, dibagi bagi, inilah yang tinggal...


Wednesday, December 23, 2009

Pantai X 3

Terengganu ni memang famous ngan pantainya yang cantik cantik tuh.

Hari Ahad masa hantar Tok pergi klinik, singgah kat Pantai Batu Buruk jap.

Ombak kuat dan angin pun kencang, jadi main pasir je.

Adik siap bawak pelampung, tapi abah tak kasi main ombak pun, nak mandi manda apatah lagi.

Tapi kakak nak juga kejar kejar ombak.

Puas main kat pantai, balik tinggalkan kesan tapak kaki saja..

Esoknya, hari Isnin ke Pantai Rhu Sepuluh pulak, dekat je ngan rumah Tok ni.

Kakak tak sabar nak main kejar kejar ngan ombak

Pastu main pasir lak nagan cousins, Kak Nadhira dan adik Zaireen, ditemani Cik Su.

Kakak dan Abah dan buih buih di pantai

Tapi adik nak kena dukung je, takut kena pasir, takut kena air, habis kena gelak ngan Kakak dan Kak Nadhira

Semalam, hari Selasa, ikut Cik Ngah dan familinya pergi Pantai Rhu Sepuluh sekali lagi. Tapi dah lewat petang, air dah pasang tinggi, hari pun nak hujan dan angin kencang, jadi main kat playground je.

Kak Hannah ngan Aidil, Abang Afiq dan Kak Aina tengah seronok main

Tapi Adik lagi best, makan keropok dan ICT ngan Ibu, Cik Ngah dan Ayah Ngah. Nak main lama pun tak dapat sebab dah nak hujan. Dah nak masuk Maghrib baru balik.

Saturday, December 19, 2009

Balik kampung lagi

Lama dah tak balik kampung, last sekali pun masa raya puasa dulu. Hujung tahun ni eloklah balik jumpa orang tua dan adik beradik sambil habiskan saki baki cuti tahun yang lima nam hari lagi tu. Lagipun sekolah pun cuti gak sekarang ni.

On the way balik, singgah kat Pantai Kemasik Rest & Relax Area, berehat jap.

Tapi takleh lama lama sebab cuaca mendung nak hujan dan angin pun kuat, tapi cantik gak pemandangan kat sini.

Feeding the bear kat rumah Tok.

cantiknya.. curi curi pakai make up ibu

Main ngan cousins, Kak Aleeya, Ammar & Kak Aina

Ala.. takde yang nak bagi adik marker pen nak conteng conteng, sedihnya...

Nasib baik abah dah 'paksa' Kak Aina bagi dia punya kat adik, dapat main gak, hehe...

Makan kek anniversary Cik Su, best. Happy 8th Wedding Anniversary Cik Su & Ayah Su.


Penat dah, berehat sambil tengok tv lah..

Monday, December 14, 2009

Angels.. oh how they always bring me joy












with their cousin, Umar


* photos are taken during last two weekends

Tuesday, June 16, 2009

Pecah kepala

3 minggu lepas aku balik rumah Hannah beritahu " Kepala adik pecah, habis berdarah". Rupa2nya bisul kat kepala Sarah dah meletup, barulah legal sikit dan bolehla tidur terlentang anak gadis aku tu.

Hari ni kepala aku pulak nak pecah!! Last week dapat tugasan baru yg aku kena cari jalan sendiri. The goal is to reduce the cost by RM50K or to generate revenue by the same amount and the dateline is tomorrow evening, by Thursday dah kena buat presentation! Alamak, aku dah mati akal nih!

Nak reduce cost mesti kena tahu kat mana expensesnya, bila aku tengok2 opex punya report, lebih 90% ialah untuk personnel & establishment cost, takkanla nak suggest potong gaji dan allowances, sewa bangunan dan cost computerisation to pun tak boleh sentuh jugak.

Sampai nak terkeluar dah bijik mata aku search ideas kat internet, tak berapa boleh pakai pun. 2 yang aku suggested kat boss dah awal2 lagi kena shot down. Mintak pendapat colleaques dan staff pun tak boleh dapat jugak.

Alamak! Alamak! Kepala nak pecah dah ni....
(Aku pulak kalau tension lagi nak makan banyak2nih, nanti tak kesampaian pulak perut 6 pack aku tuh)

Monday, June 8, 2009

Balik ke asal jua akhirnya...

Pada hari Rabu 3/6/09 kami pun check out dari Hotel Grand Crystal kat Jln Kg Perak, Alor Star, hotel yg tak best sebab bilik sempit, katil pun kecik, lokasi tersorok, pastu bagi aku bilik yg mengadap dinding bangunan sebelah lak tu, rasanya jauh lebih baik hotel yang kami sewa kat Langkawi tu. Anyway, untuk mandi, tukar baju & tidur tu cukupla. Lagipun breakfast lebih baik (sikit je) dari Langkawi Boutique Resort.

Percutian kali ni memang menyeronokkan, walaupun penat (dan sakit hati pun ada bila budak2 buat perangai). Kalau ikut hati, banyak yg aku nak buat, especially masa kat Langkawi tu, seperti pergi island hopping, naik bot pergi eagle feeding, masuk gua2 dsb, tapi mengenangkan anak2, keutamaan terpaksala beri pada aktiviti2 yg boleh menghiburkan meraka, sebab tulah leaps tengok burung tengok ikan lepas ikan tengok itik pulak. Hmm, bila dah jadi bapak ni, automatik bertukar prioritynya, masa minum teh tarik ngan kawan2 pun dah terlampau jarang sekarang ni, tapi takpe, janji puas hati dan tak ada rasa guilty kat anak2.

Lepas tu terus bertolak balik kg melalui Jalanraya Timur Barat. Last sekali aku lalu jalan ni masa Form 4 dulu, ikut rombongan sekolah ke Pulau Pinang. Jalan ni lengang je, sekali2 masa ikut belakang lori je baru nampak kereta lain, lepas tu bila dah potong kerat2 tu pun semua hilang gitu je. Kalau tak kerana jalannya terlalu bengkang bengkok sangat dan bukit pun tinggi2 (maklumla, melintasi banjaran Titiwangsa tu) mesti best drive kat sini. Ini kalau malam tak berani aku drive sorang2 kat sini.

Berehat tu tempat rehat Titiwangsa, cuaca nyaman macam kat Cameron Highland walaupun tengahari buta.

Cantik pemandangan kat sini, penuh kehijauan, teringat kenangan honeymoon kat Cameron Highland, haha.

Lepas je Tanah Merah nak masuk Pasir Putih, hujan turun lebat giler, sama macam masa nak pergi Langkawi hari tu, sampai Jerteh baru reda sikit. Tapi Alhamdulillah, dapat sampai kat rumah mak dengan selamat.

Balik kg ingat nak buat macam2, nak pergi La Hot Spring, berkelah kat Lata Tembakah, bawak budak2 main pantai dan macam2lah, tapi satu pun tak kesampaian sebab bekwah kat sana makan gulai kat sini (maknanya kendurila tu). Takpelah, lain kali pun boleh buat juga (tapi next plan balik kg islah hari raya ni, cuti sekolah bulan 8 tu bulan puasa pulak).

Untuk 2-3 kawan yang jemput kenduri minggu lepas ni mintak maafla tak dapat pergi sebab bercuti dan balik kg (sori, dah rancang lama, beb) especially Yie yang bekwah kat KB, lepas demo balik cuti ni kawe ajak make kat rumah la deh, tapi yg penting hadiah dah bagi dulu. Hmm, lagi satu kawan aku kawin cikgu, harap2 bini boleh terus pindah Gombak la, tak macam aku, dah beranak dulu baru boleh pindah Ampang.

Esok dah masuk kerja balik, first day kerja lepas cuti panjang ni mesti bertimbun kerja dan mood pun tak bagusla selalunya, tapi nak wat camner, nak kena tanggung anak bini dan keluarga, terpaksa kuredah jua, huhu.. tapi takpe, selalunya hari berikutnya mesti dah dapat mood kerja balik dan OK balik la nanti...