CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 23, 2009

Pantai X 3

Terengganu ni memang famous ngan pantainya yang cantik cantik tuh.

Hari Ahad masa hantar Tok pergi klinik, singgah kat Pantai Batu Buruk jap.

Ombak kuat dan angin pun kencang, jadi main pasir je.

Adik siap bawak pelampung, tapi abah tak kasi main ombak pun, nak mandi manda apatah lagi.

Tapi kakak nak juga kejar kejar ombak.

Puas main kat pantai, balik tinggalkan kesan tapak kaki saja..

Esoknya, hari Isnin ke Pantai Rhu Sepuluh pulak, dekat je ngan rumah Tok ni.

Kakak tak sabar nak main kejar kejar ngan ombak

Pastu main pasir lak nagan cousins, Kak Nadhira dan adik Zaireen, ditemani Cik Su.

Kakak dan Abah dan buih buih di pantai

Tapi adik nak kena dukung je, takut kena pasir, takut kena air, habis kena gelak ngan Kakak dan Kak Nadhira

Semalam, hari Selasa, ikut Cik Ngah dan familinya pergi Pantai Rhu Sepuluh sekali lagi. Tapi dah lewat petang, air dah pasang tinggi, hari pun nak hujan dan angin kencang, jadi main kat playground je.

Kak Hannah ngan Aidil, Abang Afiq dan Kak Aina tengah seronok main

Tapi Adik lagi best, makan keropok dan ICT ngan Ibu, Cik Ngah dan Ayah Ngah. Nak main lama pun tak dapat sebab dah nak hujan. Dah nak masuk Maghrib baru balik.

4 comments:

najmiah said...

seronok tengok gambar & bayangkan sajala..huhu.

adam tajuddin said...

Hehe, nanti kalau balik kg ni pegila kat rhu 10 tu, best..

amiechomel said...

walaupun pantai2 itu sgt dekat dgn rumah i, tetap tak dpt pegi... busy manjang...

Adam Tajuddin said...

itulah, kerja, kerja juga tapi masa bersukaria ngan keluarga pun penting, bukan untuk anak2 je, untuk kita juga.